Isma Yusoof Mngaku Dia Sebenarnya P0n-dan, Tiada N4fsu Pada Wanita, Tak Sangka Vanidah Imran Tiba2 Dtg Komen Mmg Padu

Beberapa hari lalu, pelakon yang kini bergelar pengarah, Isma Yusoof tampil membuat pengakuan mngejutkan bahawa dirinya adalah seorang trans-g3nder atau pon-d4n.

Isma berkata, dia sudah berperwatakan lembut sejak kecil, namun ramai yang tidak mengetahui kerana dikaburi oleh lakonannya yang sering membawa watak lelaki sejati.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

” Let me tell you straight guys, ya saya memang pon-d4n, saya memang dari kecil dari azali, kalau korang tengok gambar saya masa kecil, memang dah pose macam pon-d4n dah.

” Cuma, korang semua tengok lakonan saya, of course bila saya masuk industri saya diberi watak lelaki sejati, watak L G B T saya ada lakukan dua kali.

” Korang terpedaya dengan lakonan saya, korang rasa saya straight, apabila saya keluar nampak saya lembut dan terkejut,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Isma mengatakan dia gembira dan berasa cukup dengan sifat fizikalnya tanpa perlu mengubah untuk kelihatan seperti wanita.

” Ada juga yang mempersoalkan suara dan raut wajah saya yang jantan tak macam muka Sajat lah atau pon-d4n yang makan h0rmon, kenapa nak makan h0rmon?

” Saya gembira dengan muka, badan dan suara saya, kenapa saya nak kena tukar? saya terima diri saya sebagai pon-d4n.

” Saya memang takda naf-su pada wanita, jangan ada pula wanita yang nak cuba ubah saya, saya trans-g3nder woman dalam diri saya wanita,” katanya lagi.

Ekoran itu, Isma berharap agar tiada lagi pihak yang terus mempersoalkan tentang apa-apa yang berkaitan fizikal dan suaranya.

Untuk info, ini bukanlah pertama kali Isma membuat pengakuan tersebut kerana pada Julai tahun lalu beliau turut mengakui perkara sama kepada pihak media.

Menurutnya dia sudah penat menipu dirinya.

Dapat reaksi dari Vanidah Imrah

Sementara itu meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Isma meninggalkan respon positif dan memuji hasil karyanya dalam bidang seni.

Namun Isma ditegur agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum agama.

Selain warganet, rakan artis turut meninggalkan komen. Antaranya adalah pelakon, Vanidah Imran.

” As you say, Allah beri ujian untuk menaikan martabat. You are a good person with a good heart, itu lebih penting. Ada hikmah disebalik semua ujian. Welcome to dunia suri rumah berkerjaya,” tulis Vanidah.

Komen Vanidah itu turut mendapat reaksi balas dari seorang netizen.

” Yang lebih penting adalah tidak melanggar apa yg hukum syarak tetapkan.” tulis individu terbabit. sebagai respon Vanidah yang juga bekas isteri Rashidi Ishak itu.

Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu kemudian sekali lagi meninggalkan komen kepada individu terbabit.

” Please jangan ‘judge’ orang. Kita tak tau ujian kita macamana, pengakhiran kita mcmana.” tulis Vanidah.

Sumber:gempak dan IG Isma

Be the first to comment on "Isma Yusoof Mngaku Dia Sebenarnya P0n-dan, Tiada N4fsu Pada Wanita, Tak Sangka Vanidah Imran Tiba2 Dtg Komen Mmg Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*