Bapa mertua kantoi bawa perempuan lain masuk bilik. Siap ada bukti tp MIL tak percaya, aku terus bg tahu suami tapi ini yang jadi

Assalammualaikum semua, ini kisah mertuaku. Aku tak tahu selama mana aku boleh bersabar.

Mertua ku dua2 hardworking, tapi.. duit tak pernah cukup, anak2 semua dah bekerja. Entahla, aku sedih bila mak mertuaku suka mendoakan benda yang tak baik untuk anak2, ungkit besarkan anak2 dari kecik sampai besar tak de hasil apa. Bukan ke memang tu tanggungjawab ibu bapa besarkan anak2? Berdosa tiap kali ungkit bila besarkan anak2, seolah2 anak2 diaorang tu bawa malang.

Lepas tu, bila anak bising2 dia cakap, “mana ada mak ungkit? mak tak pernah ungkit”, anak2 sampai tahap kadang malas nak bercakap benda remeh ngan mak sendiri, takut mak doakan bukan2, pernah mak doakan anak mati tepi jalan, mati orang tak kenal sebab dia ungkit kenapa kakak ipar aku tak bagi duit, tak tolong dia bayar hutang.

Second part, masa kenduri anak perempuan diaorang, diaorang boleh cakap “duit hantaran semua kena bagi mak dan abah” , aku defend kakak iparku. Aku cakap dalam islam, duit hantaran tu hak pengantin perempuan, ibu bapa tak de hak pun nak minta semua tu, dan dalam islam, sepatutnya bapa yang tanggung majlis anak perempuan dia, tak baik bebankan pengantin lelaki” Mak mertuaku bentak2 cakap tak adil la apa la, mak penat2 besarkan dia apa pun mak tak dapat.

Aku ni sebagai menantu sedih dengar bila mak cakap macam tu, inikan anak sendiri dengar? Padahal masa majlis aku dengan anak lelaki dia hanya Mas Kahwin saja. Dan kenduri belah suami aku, bapa sedara sponsor. Kenduri belah perempuan ayah aku sponsor, ayah aku bukan jenis demand.

Dan lain2 semua duit aku dan suami, sampai part sehari lagi kitaorang nak nikah, kereta diaorang tak hidup2 roadtax, punyala aku sedih diaorang mcm tak ambk berat anak diaorang nak kahwin, dan aku dan bakal suami aku yang hidupkan tolong hidupkan roadtax, minyak lagi kami tolong isi. Masa ni aku baru nampak sikit2 perangai diaorang.

Part paling aku kecewa, adik ipar aku. Dia sangatlah baik, lemah lembut, rajin, pandai memasak dan cantik. Tapiii, layanan mertuaku terhadap dia macam hamba, hamba tau bukan anak. Kenapa aku cakap hamba? Sebab dari mak dia nak pergi kerja, dia kena sediakan dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Hanya kerana stokin tak jumpa, kasut kerja basah, tudung tak basuh. Habis dia maki adik iparku, kami adik beradik pernah slow talk, dia sendiri cakap dia tak tahan duk rumah tu, tapi kalau dia tak de, mak memang tak pandai urus diri, dia tak sanggup.

Dia seorang yang sangatlah lurus, terlalu lurus. Sampai mak n bapa sedara bising kat kitaorang cakap ape nak jadi adik tu, sikit2 kena suruh itu ini, kami boleh cakap apa? dia sendiri pun tak nak tolong diri dia, pernah je kakak dia nak bawak lari dia, duduk dan keje dekat kl. Time tu mak meroyan, bentak2 hentak kaki. Sumpah anak macam2, aku fedup.. sampai nak bawak adik tu g makan ngan adik beradik pun dia tak bagi.

Part bapa mertuaku, kantoi ada perempuan lain. Sampai ada bukti diaorang duduk serumah, semua bukti ada. Time tu mak meroyan, cakap selagi tak nampak depan mata, mak tak percaya. Allah sedih n stressnya aku masa tu. Aku bawa mak mertuaku pergi pejabat agama semua. Semua adik beradik pujuk mak supaya berpisah. Aku siap cakap, selagi diaorang bersedudukan selagi tula rezeki yang kita cari tu tak berkat, aku tak nak subahat. Mak masa ni defend abah gila2. Lepas abah tak balik berminggu2 dia nekad nak minta cerai.

Tapii lepas abah tabur dia dengan duit dan janji manis, dia lupa anak menantu yang pernah tolong dia, dia berlagak, sombong, backup suami dia dekat adik beradik dia. Padahal, adik beradik dia punyala benci bapa mertua aku. Aku siap whatsapp mak mertua aku, aku cakap, lepas ni jadi sekali lagi. Anak menantu memang tak kan masuk campur dah.

Ini pilihan mak, mak bila baik dengan abah, mak lupa diri, mak lupa anak menantu, dan mak dan abah burukkan anak2 dekat orang lain. Terima kasih mak. Dia balas, anak2 yang burukkan bapa sendiri. Aku time ni nangis, ujian apa ni. Bapa kau terang2 bermaksiat, macam ni mak cakap. Sampai kami semua fedup nak masuk campur. Kami tak balik rumah, tak ziarah diaorang, tak contact.

Korang mesti pelik, suami aku mana kan? suami aku jenis terlalu sayangkan mak dia, dia tak boleh tengok mak dia menangis2 kerana bapa. Tapi sikit pun dia tak ambil tindakan apa2. Sampai satu tahap aku bising, aku cakap..

“Tolonglah jadi anak lelaki, ye tahu, tu mak n abah. Tapi diaorang buat silap, mak dengan macam tu dengan perangai hentak2 kaki, menjerit2, maki2. Penat tengok, abah macam tu, lama mana nak diam? kenapa semua nak lepas dekat saya? saya ni menantu? awak tu anak sulung lelaki”.

Masa ni, baru aku nampak dia mengamuk2 warning bapa n mak dia, dia ugut macam2 dekat bapa dia. Lepas kes suami aku warning bapa dia, bapa dia terus takut nak jumpa kitaorang. Mak hidupla sengsara tapi acah2 bahagia.

Aku tahu suami aku tawar hati dengan mak dan abah dia, pernah bapa mertua aku buruk2kan aku, aku bukan jenis yang pendam dan biarkan ye, aku tanya mertua aku, apa salah aku sampai sanggup burukkan aku mcm tu? diaorang nafikan yang diaorang ckp macam tu. Suami aku siap ckp dekat diaorang, Lepas ni dengar je pasal aku, jangan tanya kenapa dia tak jejak langsung rumah mak.

Kalau korang kat tempat aku, korang sanggup hari2 bapa mertua minta pinjam duit? hari2 racun suami aku projek dia juta2, lepas tu.. Cakap aku ni berkira la apa la. Sorry once aku tak suka, sampai bila pun aku tak suka. diaorang buat semua loan bagai semua atas nama aku, bila diaorang tak bayar aku la kena angkat call semua, eh ingat aku ni bank diaorang ke?

Time tu memang aku mengamuk, memang aku nekad, kalau diaorang tak suka aku, aku tak kisah. Yang penting aku tak nak susah, sampai orang yang call aku pun aku marah, aku cakap “saya tak tahu apa2 pasal loan ni, saya ni menantu bukan anak dia, kalau awak nak sita semua sila la, saya pun penat”.

Suami aku, biasala lek lek dia je. Sebab parents dia tak berani usik dia, diaorang gunakan aku, dekat mata diaorang aku ni macam anak perempuan dia yang lurus tu, Aku tak tahu kenapa aku yang kena tanggung semua ni, aku ni menantu, aku nampak je cakap lembut2 tapi bila orang ambil kesempatan, sorry memang hati aku keras. Dan sekarang atas kekerasan aku, diaorang tak berani dah buat loan aku sebagai penjamin. Start situ la diaorang buruk2kan aku. Aku tak kisah sikit pun.

Part hari raya paling aku kecewa, malam raya baru kelam kabut diaorang cari baju raya sampai pukul 4 pagi. Esok pagi time nak bersalam pagi raya, sorang pun tak mandi lagi, kalut kemas rumah, basuh balang kuih, cuci karpet. Aku memang siap dari rumah sendiri je, tapi bila aku sampai, “mak nape tak siap lagi? tak salam raya ke? solat raya?”. Adik iparku jawab, “kami pagi2 busy, petang kang baru siap2 nak g beraya, tengah hari lepas siap keje rumah baru mandi”.

Aku tanya, “tak de salam2 peluk cium minta maaf ke?”. Dia cakap salam2 macam tu je, sedihnya aku.. patutla suami aku, masa mula2 aku nak salam minta maaf seikhlas hati, salam dengan parents aku, peluk cium parents adik beradik dengan nangis2, dia boleh cakap.. “ermmm kekok la” aku ingat kekok sebab malu ke apa. Rupanya dia dari kecil parents dia tak pernah buat semua tu. Time tu aku sedih sangat. Apela nak jadi dengan family ni. Nak minta maaf setahun sekali pun payah.

Mertua aku terlalu duniawi, terlalu obsess duniawi. Aku sedih. Korang bagila aku nasihat or apa2 yang aku boleh positif. Aku terlalu penat sampai tahap aku tawar hati. Maaf tulisan aku terlalu panjang. Banyak aku pendam, ini je sempat aku luahkan. Doakan aku kuat bersama suami dan anak2 aku. Semoga Allah lembutkan hati mereka.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*