“Bau syurga saya..” – Nora Danish ketip kuku kaki suami, dipuji isteri solehah

Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu ingin bahagia hingga akhir hayat. Namun, untuk mengecapi kebahagian itu, ia memerlukan sikap saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

Begitulah keharmonian rumah tangga seperti yang dialami oleh pelakon popular, Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri.

Syurga isteri di tapak kaki suami

Hari ini, Nedim berkongsi sekeping gambar mempamerkan isteri tersayang sedang mengetip kuku kakinya dengan teliti.

“Ingatlah wahai isteri ku, dunia ku. Kalau ada terbau apa-apa, itulah syurgamu sayang,” tulis Nedim, berjenaka di ruangan kapsyen.

Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah komen balas pelakon drama Bougainvillea itu di posting terbabit.

“Tiada terbau lain, melainkan bau syurga ‘my jannah’. Ada apa lagi nak ketip?” tulis Nora secara berseloroh.

Comel sungguh pasangan suami isteri ini kan? Betullah tu apa yang Nora cakap, syurga isteri di tapak kaki suami.

Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai yang memuji tindakan pelakon berusia 39 tahun itu dan turut berkongsi pengalaman yang sama.

Walaupun kaki TikTok, tetapi isteri solehah

Potong kuku kaki suami perkara biasa

Saya pun buat kat suami & anak2

Pasangan tersebut berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Nora juga mempunyai anak sulung lelaki, Putra Rayqal Ramli hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli sebelum berpisah pada 2008.

Kongsi Video Pegang Perut, Nora Danish Hamil Anak Ketiga?

Baru-baru ini, pelakon cantik manis, Nora Danish ada memuat naik video menerusi Instagram miliknya. Bagaimanapun, video tersebut telah disalah anggap oleh netizen.

Dalam video itu, Nora yang memakai dress hijau dilihat sedang merakam dirinya di hadapan cermin sambil memegang perut.

Tindakan Nora itu sekaligus mencetuskan spekulasi di kalangann netizen yang menganggap ibu kepada dua cahaya mata itu sedang hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, segala komen dan pertanyaan netizen itu tidak mendapat jawapan balas daripada Nora yang tertanya-tanya mengenai perkara itu.

Suami Nora Danish Akui Pernah Tolak Gelaran Datuk

Umum mengetahui suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Sujak Nazri Aziz merupakan anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Nedim mendedahkan dia pernah ditawarkan gelaran Datuk beberapa kali namun menolaknya kerana merasakan tidak layak untuk menerima pangkat tersebut.

Dalam entri tersebut, Nedim turut menjadikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai contoh yang menolak gelaran Datuk yang diberikan sebelum ini.

Kata Nedim lagi, dia menolak gelaran tersebut kerana menyedari tidak memberi sumbangan yang besar kepada negara.

Perkongsian Nedim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan anak kepada ahli politik itu serta memuji pendiriannya.

Sumber: Instagram Nedim Nazri/RK/OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*