“Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dik0ngkong betina” – ibu Aiman Tino berang Aiman abai keluarga

TIADA angin tiada rib.ut, ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa terkil.an terhadap sikap anaknya yang didakwa mula ‘buat hal’ hingga mengab.aikan kerjaya seni.

Lebih pan4s apabila Hazelina atau Riena menerusi Instagram miliknya pada Isnin turut mendakwa kehidupan anaknya dik0ngkong seorang wanita.

Malah, Riena turut mendakwa penyanyi lagu Terlerai Sebuah Janji itu gagal dihubungi hingga mengg.anggu urusan berkaitan kariernya.

Aiman turut meninggalkan tanda suka di status ibunya.

“Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dik0ngkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulisnya.

Biarpun tidak menyebut nama namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya iaitu Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Aiman sendiri gag4l apabila penyanyi berusia 22 tahun itu enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik ibunya.

Riena memberi amaran kepada wanita yang dikenal sebagai Fara Hanis.

Pada 5 Januari lalu, Riena ada memuat naik foto Aiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu.

“Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia,” kata Hazelina.

Dalam pada itu, Hazelina menerusi Instastory turut memuat naik status am4ran kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Hanis atau Fewa.

“Fara Hanis (Fewa), aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan XXX!” tulisnya.

Riena dan suaminya iaitu Yusri Iskhak mempunyai 11 orang anak termasuklah Aiman dan penyanyi Fara Hezel.

Tiada acara hiburan, Aiman Tino cari duit jual air mangga – “Dah alang-alang tak buat apa-apa, lebih baik saya berniaga!

TERDAHULU SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anak seni yang terlibat dalam bidang nyanyian merupakan antara yang paling terkesan dengan pelaksanaan peraturan berkenaan.

Enggan sekadar duduk diam sahaja, penyanyi Aiman Tino berkata dia menerokai pelbagai jenis perniagaan bagi menambah sumber pendapatan termasuklah menjalankan perniagaan air minuman berperisa buah mangga, Aimango.

“Seperti yang kita tahu, dalam tempoh PKP sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini semua acara hiburan dan persembahan ditangguhkan buat sementara waktu.

“Jadi buat masa ini memang saya tak ada persembahan… kalau ada pun hanya hadiri jemputan program televisyen dan sebagainya sahaja.

“Dah alang-alang tak ada buat apa-apa di rumah, saya pun cubalah pelbagai perniagaan dan terbaharu air minuman berperisa buah mangga… bolehlah untuk tambah-tambah sumber pendapatan!,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Be.nci ini memberitahu perniagaan air minuman itu mula diperkenalkan pada Isnin lalu dan menerima sambutan hebat pelanggan.

Malah, Aiman tidak malu mengakui minuman itu disediakan sendiri olehnya dan dia juga bertindak sebagai ‘runner’ yang akan menghantar minuman yang ditempah pembeli di sekitar Lembah Klang.

“Air ini memang saya sendiri yang buat dan saya juga yang akan hantar kepada pembeli. Memandangkan sejak kecil saya memang minat berniaga, jadi tiada rasa malu untuk turun padang jumpa pelanggan.

“Alhamdulillah, sambutan sangat baik… dalam masa seminggu memulakan perniagaan ini, lebih 500 botol sudah terjual.

“InsyaAllah, apabila keadaan semua sudah kembali pulih dan dibenarkan bekerja, perniagaan ini akan tetap diteruskan. Kami rancang nak tambah lagi perisa lain dan menambah ejen jualan di setiap kawasan,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Aiman memberitahu dia bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

Be the first to comment on "“Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dik0ngkong betina” – ibu Aiman Tino berang Aiman abai keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*