‘Budak Hingusan’ Nak Jadikan Zarina Anjoulie Sugar Mummy! Tak Sangka Ini Respon Dari Zarina Anjoulie

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila mendakwa ada yang cuba menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’.

Perkara itu dikongsi Zarina atau lebih mesra disapa Anju di Instagramnya baru-baru ini.

“Ada beberapa budak muda mesej Instagram Anju dengan harapan nak aku jadi sugar mummy? Like seriously?

“Hantar gambar, nak kenal la nak gatal la. Hello mak bapak korang mana? Suruh diorang tanggung kau ye dik,” katanya.

Jelas Anju, dia tidak faham dengan masalah budak sekarang yang malas bekerja sebaliknya lebih suka untuk cari jalan muda.

“Aku tak lapar jantan, aku gembira dengan hidup dan keluarga aku.

“Hanya tiga lelaki berhak dapat duit aku. Ayah adik dan anak aku. That’s it.

“Maaf tapi inilah yang berlaku sejak cerai dan aku dah muak dengan isu ini,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut Instagram Anju menempelak tindakan lelaki yang terdesak menjadikan Anju sugar mummy mereka.

“Kerja malas, nak duit je senang hidup”

“Muda-muda dah keparat, kerja la wey”

“Nak duit kerja lah, sampai offer diri jantan tak guna ni,” kata beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting Anju di bawah.

“Comelnya Bff Ni” – Kembali Berbaik, Netizen Terhibur Fathia Latiff & Zarina Anjoulie Menari TikTok!!

Pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie mencuri perhatian netizen apabila hubungan kedua-duanya kembali pulih.

Selepas dua tahun dikatakan putus sahabat, mereka nampak gayanya telah berdamai, malah dilihat banyak meluangkan masa bersama-sama.

Tambah menarik, terdapat juga video TikTok yang dilakukan oleh kedua-dua mereka. Video tersebut dimuat naik menerusi satu posting terbaru Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

“Ini sangat fun, Tee Tee (Fathia) dan Anju. More to comes guys,” katanya.

“Comelnya Bff Ni” - Kembali Berbaik, Netizen Terhibur Fathia Latiff & Zarina Anjoulie Menari TikTok!!

Menerusi ruang komen, rata-ratanya gembira apabila melihat dua pelakon itu sudah berdamai.

Malah, kebanyakan mereka terhihur dengan video TikTok dihasilkan mereka.

“Ah comelnya dua ni menari TikTok.”

“Ok Bff dah kembali.”

“Happy bila tengok dua-dua ni berbaik” kata beberapa netizen.

Terdahulu, pertemuan kedua-dua pelakon itu dikongsikan seorang pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya.

Dalam video itu, Fathia dan Zarina mengakui mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa.

Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak sahabatnya itu untuk terus mendalami ilmu agama bersama-sama dirinya.

Sumber Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*