Tular gambar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun makin jelita dan kurus, akhirnya dia sanggup dedahkan rahsia makin ‘fit’

Pada era moden ini, pelbagai penyakit boleh menyerang tanpa mengenal usia tidak kira tua atau muda sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan senaman secukupnya.

Kecoh di media sosial hari ini mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun apabila penampilannya yang semakin langsing meraih pujian warganet.

Berikutan itu, tiba-tiba ada satu video di Twitter dikongsi @JustinTWJ memaparkan sedutan temu bual wartawan yang membongkar ‘rahsia’ bagaimana ahli Parlimen Titiwangsa itu berjaya mendapat bentuk badan ideal berbanding sebelum ini.

Video berdurasi 30 saat tersebut memaparkan ahli politik berusia 47 tahun itu sedang ditemu bual dalam satu program. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh video ‘interview’ berkenaan.

Ditanya mengenai fizikal yang semakin ‘fit’, beliau menjawab dengan hanya berbasikal, mengamalkan gaya hidup sihat serta niat sebagai motivasi untuk berjaya.

“Wartawan: Datuk Seri makin fit, buat sukan apa sekarang?

“Rina Harun: Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kongsinya.

Walaupun tidak diketahui secara terperinci berapa jumlah berat yang turun, namun jika dilihat dari susuk tubuhnya sangat berbeza berbanding 2 tahun lalu. Rata-rata mula berteka-teki berapa agaknya berat yang berjaya diturunkan dan apakah pemakanan yang beliau amalkan.

Tak kurang juga yang memuji kecantikan menteri itu yang dilihat lebih muda, sihat dan tampil berkeyakinan. Ada mendakwa DS Rina Harun kuat bekerja siang dan malam sehingga berat badannya turun. Logik juga kan?

Menteri berkualiti

Jika benar seperti didakwa, DS Rina Harun patut diberi satu pujian dan penghargaan dari rakyat Malaysia. Dalam pada itu, masing-masing memberikan pendapat mengenai perkara ini dan ada yang memerhati bahawa DS Rina Harun mula turut berat badan ketika puasa tahun lepas. Fuh memang hebat kajian korang.

Mula kurus bulan puasa 2020

Walau bagaimanapun, perubahan fizikal yang dilihat pada DS Rina Harun merupakan satu perubahan positif dalam hidup. Perkara sebegini haruslah menjadi inspirasi buat semua, betul tak?

Respon netizen

Wah! Terbaik YB, nampak semakin awet muda dengan penampilan baru yang hangat menjadi perbualan netizen. Mesti ramai yang bersemangat untuk capai berat badan ideal juga kan?

Sumber: Twitter @JustinTWJ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*