
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 1 Mac 2021.
Perlantikan itu mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.
Amir Hamzah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam meneraju beberapa organisasi korporat.
Kerjayanya bermula apabila menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.
“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP.
“Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian (sustainability) sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat,” katanya.
Ahmad Badri berkata, KWSP juga mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah di atas pelantikan itu.
Beliau berkata, Amir Hamzah akan membantu KWSP di kala mengharungi situasi ketika ini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP.
Siapa CEO Baru KWSP ini
Amir Hamzah Azizan (lahir 1967) merupakan eksekutif perniagaan Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi UEM Edgenta sejak 29 Ogos 2016 dan kini memegang jawatan sebagai Presiden/CEO Tenaga Nasional Berhad sejak 2 April 2019.
Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan berpindah ke Kuala Lumpur pada usia awal, beliau dengan dua adik beradik, salah satunya: Ikhwan Azizan bekerja di bawah peranannya sebelum ini di Petronas.
Amir Hamzah memegang ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) dari Universiti Syracuse, New York. Beliau juga telah menghadiri Program Eksekutif Stanford di Universiti Stanford, Amerika Syarikat dan Program Petang Kewangan Korporat di London Business School, United Kingdom.
Beliau memulakan kerjayanya di Royal Dutch Shell selama 10 tahun, berkhidmat dalam pelbagai kapasiti, termasuk Ketua Perkhidmatan Kewangan dan Pengurus, Perancangan & Sokongan di Sarawak Shell Berhad, Eksekutif Kewangan Korporat di Shell Malaysia Limited, Akauntan Kredit Pemasaran di Shell Singapore Pte Ltd, Juruaudit Dalaman di Shell Eastern Petroleum Pte Ltd, dan Penasihat Perbendaharaan Kanan di Shell International Ltd, London.
Pada tahun 2000, beliau menyertai MISC Berhad sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Perkhidmatan Perancangan Korporat. Seterusnya pada tahun 2004, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Perniagaan Serantau (Eropah, Amerika, Afrika dan FSU) di MISC Berhad di London, United Kingdom sebelum dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, AET Tanker Holdings Sdn Bhd pada 1 April 2005. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MISC Berhad dari 1 Januari 2009 sehingga 14 Jun 2010.
Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Berhad dari 15 Jun 2010 hingga 31 Ogos 2012, ketika beliau menjadi MD/CEO Petronas Lubricants International. Beliau juga merupakan Naib Presiden Pemasaran Hiliran dari 1 Mac 2011 sehingga 1 Julai 2013, ketika menjadi Naib Presiden Pelumas untuk Petronas. Pada Mac 2016, beliau menjadi Pengarah Urusan Icon Offshore Berhad. Pada 1 Disember 2017, beliau menyertai unit Khazanah Nasional Berhad, Themed Attractions Resorts & Hotel Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
Sejak 29 Ogos 2016, beliau menerajui UEM Edgenta sebagai Pengerusi.[4] Beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Tenaga Nasional Berhad pada 2 April 2019 menggantikan Azman Mohd yang melepaskan jawatan pada 31 Mac 2019.
Bekas ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu.
Dalam kenyataan dikeluarkan KWSP, pelantikan Amir berkuatkuasa pada 1 Mac ini.
Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias yang mengetuai KWSP pada Ogos 2018. Sebelum ini, Tunku Alizakri berdepan kritikan berhubung kenyataannya terhadap pengeluaran wang caruman pekerja.
Terdahulu, dalam laporan Bursa Malaysia TNB menyatakan Amir sudah meletakkan jawatannya selepas menerima pelantikan baharu yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Amir sebelum ini pernah berkhidmat sebagai CEO di MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan sektor perhotelan milik Khazanah Nasional Berhad, Themed Attraction Resorts & Hotels Sdn Bhd dan lain-lain.
KWSP dalam kenyataan memetik Pengerusi TNB Ahmad Badri Mohd Zahir, turut berterima kasih atas sumbangan Tunku Alizakri, terhadap dedikasi dan perkhidmatannya sejak beberapa tahun ini.
“Bagi pihak KWSP, saya merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada Tunku Alizakri untuk perkhidmatan cemerlang beliau kepada KWSP dan mengharapkan yang terbaik untuknya di masa hadapan,” katanya
Sebelum ini,
“Mungkin saya orang paling dibenci di Malaysia sekarang..” – Bekas CEO KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat keputusan dalam isu pengeluaran Akaun 1 kerana masih dalam peringkat perbincangan bersama Kementerian Kewangan.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tunku Alizakri Alias berkata, pihaknya akan melihat semua aspek dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional.
Ini termasuk proses penelitian, semua perincian termasuk syarat, kaedah serta siapa yang layak sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau mengakui berdepan tekanan dimana ahli politik juga sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000, tetapi perkara itu tidak akan ‘menganggu’ pihaknya dalam membuat keputusan terbaik.
“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.
“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular, biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli.
“Ya, kita mendengar semua pandangan, tetapi kita tetap berpegang teguh dalam membuat satu keputusan yang tidak akan menggadaikan masa depan ahli kerana keutamaan kita hanya berkhidmat untuk ahli tidak berkait rapat perkara lain termasuk tekanan politik sekalipun,” katanya.
Tunku Alizakri berkata, sekiranya terdesak sekalipun, pengeluaran Akaun 1 akan menjadi jalan penyelesaian terakhir berikutan besar kesannya kepada ahli jika pengeluaran dilakukan ketika ini.
“Kita ambil contoh jika seseorang ahli yang mengeluarkan RM10,000 itu kini berusia 30 tahun dan dijangka bersara pada usia 60 tahun, dia akan terkesan tiga kali ganda akibat pengeluaran itu.
“Mengikut rekod KWSP, 43 peratus atau 5.38 juta ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 manakala 54 peratus atau 137,000 daripada 254,000 ahli berusia 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.
“Jadi, seharusnya pengeluaran KWSP menjadi pilihan terakhir apatah lagi kerajaan kita juga menyediakan pelbagai kemudahan bantuan bagi membantu kelangsungan rakyat ketika berdepan situasi Covid-19 ini,” ujarnya.
Tambah beliau, ahli berpeluang mendapatkan khidmat nasihat perunding kewangan bertauliah bagi membantu menguruskan masalah kewangan.
“Ya, ini wang anda (ahli), tetapi buat keputusan yang betul dan jangan terburu-buru jika kita tidak membuat keputusan yang baik hari ini ia akan jejaskan masa depan.
“Bukan saya kata jangan (keluarkan Akaun 1), tetapi kita hendak pastikan ahli buat keputusan rasional dan baik yang mengimbangi semua aspek termasuk untuk hari ini dan akan datang iaitu keluarkan untuk keperluan saja.
“Dalam keadaan genting ini, pastikan ahli merancang dan tahu berapa perbelanjaan keperluan dan keutamaan dalam masa terdekat ini sebelum memutuskan membuat pengeluaran,” tambahnya.
Sumber OMM/KWSP
Be the first to comment