
Memiliki jumlah pengikut mencecah 1.9 Juta di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan atau Lizzy antara selebriti yang aktif di media sosial sehingga mendapat perhatian peminat terutama dari golongan lelaki.
Perkongsian tersebut membuatkan Lizzy sentiasa mendapat komen-komen berbaur lucah gara-gara berkongsi aksi nakal dan manjanya.
Memetik laporan Utusan Online, Lizzy menolak dakwaan bahawa dia sengaja berpenampilan menjolok mata demi meraih perhatian peminat lelaki.
“Saya tahu setiap kandungan dalam media sosial dan apa jenis perhatian yang akan diraih.
Kalau orang kata saya sengaja sajikan kandungan gedik dan nakal, nak buat macam mana, saya memang nakal!”
Selain itu, menurut Lizzy penampilannya di media sosial masih sopan dan rasional berbanding dengan teman kaum Cina yang lain.
Namun, Lizzy tidak mengambil pusing dengan komen-komen tersebut, malah dia merasa lucu.
Tambah Lizzy lagi, terpulanglah kepada imaginasi masing-masing kerana dia tidak boleh mengawal pemikiran mereka.
TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL – ELIZABETH TAN SUDAH KAHWIN?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @PejuangJlnLurus itu memuat naik dua keping foto penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan dengan busana pengantin.
Dek kerana foto terbabit, nama Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, tetiba menjadi topik bualan dalam kalangan warganet di laman Instagram.
“Ai ni Elizabeth Tan en? Dah kahwin ke dia? Aku dapat gambar ni pun sebab orang dok hangat bersembang dalam group,” tulisnya.
Melihat pada gambar yang dikongsikan, foto pertama menunjukkan Lizzy mengenakan gaun berwarna putih sambil ditata rias oleh jurusolek manakala yang kedua pula, dia sedang memegang sejambak bunga.
Menerusi kicauan tersebut, terserlah kegembiraan di wajah pelantun lagu ‘Semua Sudah’ dan ‘Police Entry’ itu.
Rata-rata netizen mula berteka-teki sama ada benar pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei sudah menamatkan zaman bujang. Malah, ada juga yang berpendapat ia sekadar untuk muzik video ataupun drama lakonannya.
Bagi mendapatkan kepastian, Lizzy telah cuba dihubungi namun empunya badan tidak memberi respon.
Dalam perkembangan lain, Lizzy kini muncul dalam filem ’10 Tips Tipu Bini’ bersama barisan pelakon hebat antaranya Datuk Awie, Khir Rahman, Joey Daud, Ropie, Nazia Mustafar, Vicha, Nasir Bilal Khan, Azlee Senario dan ramai lagi.
“Terpaksa Mandi” Video Memasak Elizabeth Tan Dibanjiri Komen Nakal Netizen!
Namun itu bukan satu lesen besar untuk mereka meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di laman sosial pelakon filem Misteri Dilaila itu.
26 Januari lalu, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy ada memuat naik video berdurasi hampir 2 minit menunjukkan dirinya sedang membuat Chocolate Cheesecake Balls.
Video,
Video tersebut menunjukkan Lizzy sedang memakai singlet pendek berwarna merah jambu dan berseluar pendek.
Walaupun tujuan video itu untuk berkongsikan resepi masakan, tetapi lain pula yang menjadi perhatian segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.
Segelintir netizen meninggalkan komen nakal dan beransur lucah di posting tersebut sehingga membuatkan ada yang tidak selesa dengan komen berkenaan.
Mujur masih ada netizen yang berfikiran waras menasihati mereka yang meninggalkan komen lucah seperti itu.
Perbuatan mereka itu benar-benar memalukan kerana kebanyakannya merupakan para lelaki dan ada juga yang sudah mempunyai anak dan isteri.
Sumber R
Be the first to comment