Kelihatan berisi, peminat syak Mira Filzah dah hamil, akhirnya Mira Filzah buka mulut buat ramai terkejut

PELBAGAI andaian dibuat peminat Mira Filzah selepas pelakon itu memuat naik foto terbaharunya di laman Instagram pada Selasa.

Menerusi posting itu, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, berisi dan seakan-akan ‘baby bump’ menandakan kemungkinan besar aktres itu kini sedang hamil

Enggan membiarkan peminat terus membuat spekulasi, Mira kemudiannya membalas komen seorang netizen dengan memberitahu perutnya buncit.

“Saya buncitlah,” jawabnya ringkas di laman Instagram.

Foto yang dikongsikan Mira itu menarik perhatian peminat apabila setakat ini ia telah menerima sebanyak lebih 223,000 tanda suka.

Menerusi foto tersebut, Mira menggayakan persalinan baju satin berwarna biru lembut.

Mira mendirikan rumah tangga dengan seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 31, pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Emir merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Majlis persandingan pelakon Sweet Dreams ini disifatkan sebagai Wedding of the Year tahun lalu apabila pelakon pujaan ramai ini mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Nampak Lebih Berisi, Peminat Syak Mira Filzah Hamil?

Nama pelakon dan pengacara cantik, Mira Filzah sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Memiliki keperibadian lemah lembut dan rupa paras yang manis menjadikan Mira Filzah antara pelakon yang digemari ramai.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila foto yang dikongsikan Mira di Instagram telah menjadi perhatian ramai.

Cantiknya Mira

Semalam, pelakon cantik jelita,, Mira Filzah telah memuatnaik beberapa foto di akaun Instagram miliknya. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penampilan pelakon ini. Meskipun begitu, gambar yang dikongsikan oleh isteri kepada Wan Emir Astar ini telah mengundang pelbagai persoalan daripada para peminat.

Hal ini kerana, mereka mendakwa melihat tubuh badan Mira Filzah sudah semakin berisi berbading sebelum ini. Malah tidak kurang juga ada yang menyentuh mengenai ‘baby bump’ pelakon ini yang dikatakan jelas kelihatan.

Walaupun begitu, Mira telah memberi respon terhadap satu komen seakan menafikan perkara tersebut. Tetapi para peminat seakan tidak percaya sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Mira Filzah.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*