
PELAKON Zarina Anjoulie meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu.
Menerusi laman Instagram, Zarina atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan tersebut.
“Assalamualaikum guys, Anju hari ini di Mahkamah Sendayan… Alhamdulillah dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan lancar, semua orang sangat membantu.
“Anju jumpa Yas dekat situ je, lepas tu tak jumpa sudah… cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat Yas tadi. Hari ini nak sambung jemput Martin dekat sekolah dan teruskan kehidupan,” katanya.
Pada 27 Januari lalu, Zarina mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas sudah berakhir selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Zarina berkata keputusan itu adalah yang terbaik buatnya dan kini dia mahu fokus kepada kerjaya, anak lelaki dan keluarganya.
Sementara itu, Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya sepanjang melalui tempoh sukar ini.
“Terima kasih banyak atas kata-kata semangat dan sokongan ini… saya sangat hargai mesej semangat dan doa.
“Tak tahu macam mana nak balas. Terima kasih banyak,” ujarnya.
Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sebelum ini,
Perkahwinan hanya bertahan enam bulan, Zarina Anjoulie sahkan sudah bercerai – “Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas”
SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.
Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.
“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.
Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka.
Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, Zarina menerusi video yang dimuat naik di Instagram mengakui keputusan tersebut merupakan jalan yang terbaik buatnya memandangkan mereka sudah tidak sehaluan lagi.
Kata Zarina, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga serta anak lelakinya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang apa yang berlaku kepada dirinya.
“Seperti yang anda semua tahu… ya, saya dah cerai. Bukan sebab nak kecoh pun tapi sebab ramai dah bertanya dan tak apa yang teruk terjadi. Cuma, saya rasa kami sudah tidak sehaluan lagi. Jadi, ia adalah pilihan.
“Terima kasih sangat kepada semua orang yang mesej, DM dan hubungi saya… terima kasih sebab ambil berat. Saya sangat terharu tapi saya rasa ini yang terbaik untuk saya. Tula, saya nak fokus kepada kerja dan keluarga serta anak lelaki saya.
“Saya nak luangkan masa dengan keluarga sebab dah bertahun-tahun duduk seorang. Saya hanya nak gunakan masa untuk berada di sisi keluarga saya, ” ujarnya.
Berbaik selepas dua tahun tak bertegur sapa, Fathia nak ajak Zarina Anjoulie dalami ilmu agama
SELEPAS dua tahun dikatakan putus sahabat, akhirnya kedua-dua pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie kembali menjernihkan hubungan tersebut dengan berbaik semula di antara satu sama lain.
Pertemuan terbaharu kedua-dua pelakon itu dikongsikan seorang pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya.
Dalam video itu, Fathia, 34, dan Zarina mengakui mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa.
Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak sahabatnya itu untuk terus mendalami ilmu agama bersama-sama dirinya.
Netizen rata-ratanya memberikan respon positif terhadap perkembangan terbaharu dua selebriti tersebut dan berharap pengalaman lalu dapat dijadikan pengajaran buat kedua-duanya.
“Eh dah berbaik, Alhamdulillah,” kata @miss.4lina.
“Dua-dua sama cantik. Lepas ni janganlah gaduh-gaduh lagi. Kan best macam ni. Tenang hati,” kata @mrs_anuar_salim.
Persahabatan Fathia dan Zarina berantakan dua tahun lalu selepas mereka melalui beberapa konflik yang tidak dinyatakan secara jelas kepada umum.
Sumber Mstar
Be the first to comment