“Asal raya je orang bod0h selfish!” -Ezzaty Abdullah bengang, bunyi mercun ganggu tidur

Malam sambutan Tahun Baru Cina rasanya tidak sah kalau tiada bunyi dentuman mercun. Tradisi yang menjadi kewajiban masyarakat Tionghua ini selalunya menjangkau hingga awal pagi.

Selain daripada Tahun Baru Cina, perayaan-perayaan lain yang disambut masyarakat Malaysia sememangnya menjadikan mercun sebagai salah satu pembakar semangat untuk meraikan hari istimewa tersebut.

Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang kurang selesa dengan bunyi mercun yang kuat sehingga menggangu kententeraman orang lain.

Terganggu dengan bunyi bising

Hal ini disuarakan oleh seorang pelakon wanita, Ezzaty Abdullah yang ‘naik angin’ kerana bunyi bising dari bakaran mercun sehingga lewat malam.

“Kau cuti kau punya pasal. Aku kerja!”

Tolongla fikir keluarga yang ada anak kecil

Menurutnya, dia baru sahaja ingin berehat setelah penat bekerja dan menguruskan anak kecil, namun dikejutkan dengan bunyi bising sekitar jam 12.30a.m.

Ezzaty turut menggelar individu berkenaan selfish kerana tidak memikirkan jiran tetangga yang mahu tidur.

Harap semua memahami

Pelakon yang juga isteri kepada aktor Azwan Kombos ini mengakui terganggu dengan dentuman-dentuman tersebut dan meminta agar orang yang meraikan perayaan dengan mercun bersimpati dengan masyarakat sekeliling.

Dia juga meminta agar mereka faham tentang situasi keluarga yang mempunyai anak kecil berikutan bunyi-bunyi dentuman mampu menggangu tidur mereka.

Sedikit info mengenai Ezzaty Abdullah

Ezzaty binti Abdullah (lahir 7 April 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Ezzaty mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2012 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama Melayu, antaranya ialah, Asmara Beijing, Delina, Tanah Kubur dan Stella.

Selain itu, Ezzaty muncul dalam filem Kau Takdirku yang ditayangkan pada 7 September 2017. Filem ini juga membariskan aktor hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz dan Aisya Hasnaa, filem arahan Jason Chong itu menampilkan kisah cinta tiga segi yang menyayat hati. Filem ini dikatakan mengambil masa empat tahun sebelum ditayangkan pada tahun 2017.

Image result for ezzaty abdullah wiki

Ezzaty merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Ezzaty memegang watak sebagai Elina..

Ezzaty membesar di Bentong, Pahang. Beliau berkahwin dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Harum Dahlia.

Sumber: Ezzaty Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*