
PELAKON Scha Alyahya selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.2 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi, Jumaat.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya.
Menurut isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini, dia dan bayi perempuannya kini dalam keadaan baik dan memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan prosedur operasi standard (SOP).
“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan tepat pukul 9.15 pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Kedua-dua bayi dan mommy berada dalam keadaan baik serta masih berehat buat masa ini.
“Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan,” tulis Scha.
Pelakon berusia 38 tahun itu turut memuat naik foto memperlihatkan dia bersama suami dan bayinya di hospital menerusi laman sosial miliknya.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kelahiran itu dan mendoakan agar segala urusan Scha serta keluarga dipermudahkan.
Dalam pada itu, pelakon filem Bikin Filem ini turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan kepada dia sekeluarga serta memberitahu dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari.
Hanya mendedahkan nama bayinya akan bermula dengan huruf L, Scha berjanji akan berkongsi lebih tentang cahaya matanya itu dengan semua peminat di masa kelak.
“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga. Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari.
“Insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak. Stay safe, and welcome to the world Baby L,” ujarya.
Pelakon drama popular Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! ini mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Hitung hari bersalin anak kedua, Scha Alyahya akui kehamilan kali ini berbeza – “Beberapa kali pedih ulu hati sehingga menjadikan saya lemah dan keletihan”
HANYA menghitung hari menimang cahaya mata kedua, pelakon Scha Alyahya mengakui kehamilan kali ini memberi pengalaman berbeza kepada dirinya.
Bukan sahaja sering keletihan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya turut mengalami pedih ulu hati dan reflux asid membuatkan dirinya lemah.
Menurut pelakon berusia 38 tahun ini, bayi dalam kandungannya juga membesar dengan baik dan berharap proses bersalin berjalan lancar.
“Insya-Allah baby akan lahir bila-bila masa harapnya. Sejujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini, saya berasa sangat bersedia untuk kehamilan kedua saya.
“Untuk mengatakan bahawa ia berbeza dengan kehamilan pertama adalah sesuatu kenyataan yang tidak jelas. Saya tak jangka keletihan ini memberi kesan kepada diri saya dan saya mahu ia berlalu dengan cepat.
“Kena beberapa kali pedih ulu hati dan reflux asid yang saya perlu hadapi setiap hari menjadikan diri saya lemah sehingga hari ini. Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah cuma trimester pertama saja mencabar.
“Baby pula sihat, terbesar pula dalam perut ini. Tiada dua kehamilan yang sama tapi mereka berdua luar biasa dengan cara tersendiri. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah kami akan kongsi berita dengan anda tidak lama lagi,” katanya.
Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkongsi mengenai perkara tersebut dengan memuat naik foto dia memperlihatkan baby bump menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja menantikan kelahiran anak kedua pasangan selebriti itu dan mendoakan agar segala urusan Scha bersalin berjalan dengan lancar.
Sumber Mstar
Be the first to comment