Little Miss Khan workout smp terselak baju, ternampak sesuatu buat netizen terkejut

Ameera Khan atau Little Miss Khan, adik selebriti terkenal Neelofa, sering saja menjadi tular apabila ada isu berkaitan dirinya yang menjadi bualan ramai.

Kontroversi demi kontroversi yang melanda Ameera membuatkan dia sentiasa menjadi bualan ramai. Ada yang menyifatkan apa dilakukan Ameera ini sengaja mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Ameera seperti biasa tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya sentiasa bersikap positif setiap kali berdepan kecaman netizen.

Di dalam video ini pula kita lihat Ameera sedang “workout” sehingga terselak baju sehingga nampak perut.

Siapakah Ameera Khan? Ameera khan atau nama sebenar Nur Ameera Khan adalah adik tiri Selebriti terkenal Neelofa. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini Ameera Khan makin dikenali peminat walaupun usianya baru mencecah 21 tahun. Komen dan kritikan panas yang dilontarkan oleh Ameera Khan di media sosial menjadi topik hangat dan pertelagahan netizen hingga menaikkan nama beliau. Ini dibuktikan dengan jumlah followers beliau di IG yang telah hampir mencecah 1 juta! Wow hebat.

Selain itu Ameera Khan dikenali sebagai seorang Vlogger YouTube dengan saluran Little Miss Khan. Beliau telah mendapat populariti yang luas untuk setiap entri yang dilakukan termasuklah barang solek, barangan fesyen, testimoni peribadi dan pelbagai lagi topik berkaitan dengan kehidupan seharian. Untuk rekod, Ameera Khan mula membuka channel Youtube pada tahun 2015.

Beliau juga adalah usahawan di bidang kosmetik dgn produk jenama LMK walaupun beliau mengakui yg beliau tidak gemak bersolek

Nama Ameera Khan semakin mencuri perhatian media sosial apabila kerap tampil bergaya dengan pelbagai posing menarik di Instagram.

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa ini juga cukup berani dalam berfesyen dan kadang kala mengundang kecaman kerana dilihat kurang bersesuaian dengan pandangan mata masyarakat Malaysia.

Fakta Menarik Tentang Ameera Khan

  • Pernah tampil dengan imej berhijab.
  • Sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial sering menjadi bahan sensasi media.
  • Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.
  • Menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian.
  • Laman Instagramnya didaftarkan secara senyap-senyap oleh Neelofa seawal usia 13 tahun. Hanya dalam satu hari akaun itu terus mengumpul 20,000 pengikut!
  • Pernah tular di Snapchat gara-gara membeli 161 batang gincu!
  • Pembabitannya dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumahdengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil.
  • Dipasarkan dengan harga berpatutan, LMK Cosmetics yang diinspirasikan daripada personaliti media, Kylie Jenner bakal menyajikan beberapa koleksi baharu bagi menampung permintaan pengguna pada pertengahan dan hujung tahun ini.
  • Bakal terjun ke bidang pengacaraan, beliau mengimpikan rancangan majalah seperti Nona dan program hiburan umpama MeleTOP untuk dikemudikan.

“Macam Marilyn Monroe!” -Adik Neelofa berambut ‘blonde’ persis omputeh

Nampak lain berambut ‘blonde’

Walau bagaimanapun, muat naik gambar terbarunya di Instagram dengan berambut palsu berwarna putih keperangan telah kembali menjadi buah mulut netizen.

Dah macam artis Hollywood

Penampilan Ameera yang persis penyanyi lagenda Hollywood, Marilyn Monroe ketika melancarkan produk kosmetik keluarannya telah meraih pelbagai komen pujian daripada rakan-rakan dan peminatnya.

Nyanyi sikit lagu ‘Mat Salleh’

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen memuji penampilan ‘luar biasa’ personaliti media sosial itu kerana sentiasa terlihat gorgeous dalam setiap gaya gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya.

Memang letops habis!

Macam Marilyn Monroe

Kucing tu nampak terkejut

“My happy pills”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*