
Tak semua perkara kita boleh kongsikan kepada orang di luar sana.
Namun sesetengah orang sering menilai keperibadian orang lain melalui apa yang mereka lihat di media sosial.
Selagi mereka tidak nampak dengan mata mereka sendiri,
selagi itulah mereka tidak percaya. Itulah dilema yang dihadapi oleh penyanyi dan pelakon Elyana.
Seperti mana yang kita ketahui, Elyana kini menghidapi sakit limfoma sejak 10 tahun dahulu.
Kerana tidak pernah berkongsi kesakitan yang dialaminya di media sosial, ada yang tergamak menuduhnya menipu.
“Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya saki1t sekalipun”
“Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini.
Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf!”
“Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit, ataupun saya tipu saya sakit.
Sakit ni bukan main main. Ada sesetengah orang, selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan percaya.”
Katanya menerusi temubual bersama MHI (Malaysia Hari Ini).
Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali menunjukkan kesakitannya pada orang di luar kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan meminta simpati.
“Tapi saya minta maaf awal-awal , saya takkan tunjuk sakit depan kamera.
Saya seorang penghibur, saya nak menghiburkan orang, saya bukan nak orang simpati pada saya.
Saya cuma nak doa orang-orang luar sana untuk saya. Saya nak mereka ingat nama saya dalam doa mereka”- katanya.
Elyana Dendang Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ Buat Anaknya
Penyanyi Elyana mengundang sebak peminat dan para pengikut di laman sosial Instagaram (IG)nya.
Ini apabila memuat naik video mendendangkan lagu ‘Sampai Menutup Mata’.
Video tersebut dimuat naik Elyana pada malam Sabtu lalu ditujukan khas buat anak kesayangannya, Cinta Sumayyah, 10.
“Lagu untuk Cinta ku…”, tulis Elyana ringkas.
Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut sebak mendengar nyanyian Elyana yang penuh penghayatan ketika mendendangkan lagu Acha Septriasa itu.Mer
Dalam pada itu Elyana turut menerima kata-kata semangat daripada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia seni.
Mereka seperti Almy Nadia, Amyza Adnan, Farhan AF, Haiza dan ramai lagi.
Elyana juga dilihat membalas komen-komen dan kata-kata semangat daripada para peminat dan sahabatnya pada posting berkenaan.
“Terima kasih kerana mendoakan saya…Semoga doa yang baik ini akan berbalik kepada awak semua,” tulisnya sambil tinggalkan emoji hati.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal pada tahun lalu mengakui sakit limfoma yang dihidapinya semakin serius.
Sakit tersebut sudah ke rahim, hati dan pangkal paha.
Bagaimanapun kata pejuang sakit ini, dia tetap berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.
Tonton Video di Bawah Sekali
Pada 2017, Elyana membuat pendedahan mengenai sakit limfoma tahap empat dihidapinya.
Ini selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Video
Sumber Majalah Utusan
Be the first to comment