‘Detektif Lim’ Gerak Khas selamat bernikah, tak sangka terserempak dengan Menteri Agama siap sempat berseloroh

Bagi penggemar drama bersiri kepolisian, Gerak Khas pastinya mengenali watak Detiktif Lim yang kini sudah naik pangkat dengan memegang jawatan sebagai Sub Inspektor Lim.

Watak tersebut telah dimainkan dengan begitu baik oleh Farid Amirul Hisham Abdullah sehingga dia lebih dikenali dengan nama watak berbanding nama aslinya.

Pelakon Gerak Khas nikah

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, beliau memaklumkan telah terserempak dengan Farid Amirul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baru selesai melangsungkan pernikahan.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada “Sub Inspektor Lim” daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur semalam. Semoga En. Farid Amirul Hisham Abdullah dan isteri berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Saya pasti DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam amat gembira dengan perkhabaran ini

Sempat bergambar dengan menteri

Menurut Menteri Agama, beliau secara tidak sengaja bertemu dengan pelakon tersebut bersama isteri sebelum mengambil gambar bersama.

Dikesempatan itu, beliau turut mendoakan agar hubungan pernikahan mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zurit yang soleh serta solehah.

Tahniah buat ‘Sub Inspektor Lim’

Diakhir perkongsian tersebut, Dr Zulkifli sempat berseloroh dengan mengatakan DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam tentunya berasa gembira dengan perkhabaran tersebut.

Justeru itu, ruangan komen di Facebook beliau telah dihujani dengan ucapan tahniah buat Farid Amirul dan isteri diatas pernikahannya itu.

Selamat pengantin baru

Semoga terus berbahagia hingga ke Jannah

Sumber: Dr Zulkifli Al Bakri

Be the first to comment on "‘Detektif Lim’ Gerak Khas selamat bernikah, tak sangka terserempak dengan Menteri Agama siap sempat berseloroh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*