
Drama fenomena Takdir Yang Tertulis (TYT) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Hasil garapan kreatif pengarah, Shahrulezad Mohameddin itu menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong dan ramai lagi.
Tidak dinafikan lagi, sejak mula bersiaran dari episod satu, ia telah memikat hati ramai penonton setia. Sebagai bukti, lihatlah sahaja dari segi jalan ceritanya yang tidak ‘klise’ dan plot yang tersusun kemas, sehingga kini ia tetap menjadi bualan hangat warganet.
Walau bagaimanapun, episod akhir drama tersebut telah membuat ramai peminat emosi apabila pengarah menyelitkan ‘plot twist’ di bahagian penamatnya.
Selama ini, semua penonton ‘mati-mati’ menganggap Mika adalah anak dari hasil hubungan antara Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad). Rupa-rupanya, episod akhir semalam mendedahkan Mika sebenarnya adalah anak Hakim dan Ruhila!
Aduhhh. Dahsyat sungguh. Patutlah si Hakim ini selalu tersenyum dengan Ruhila
Tidak cukup dengan itu, pengarahnya sempat juga mengusik penonton dengan memuat naik ‘posting’ di Instagram seperti mentertawakan penonton:
Bukan itu sahaja, #takdiryangtertulis turut menjadi ‘trending’ nombor satu di laman sosial Twitter semalam. Meninjau komen warganet, rata-rata mereka memberi reaksi terkejut dan ada juga yang takut dengan ‘ending’ sedemikian.
Satu Malaysia kena ‘game’
Nak Takdir Yang Tertulis musim 2!
Tak sangka, Mika anak Hakim
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji drama berkenaan kerana jalan ceritanya yang unik dan berjaya menyampaikan mesej bermakna buat para penonton.
Bangga tengok ‘ending’ Juweta
Cinta sejati & pengorbanan
“Mika sebenarnya anak siapa? Stres dengan penamat sebab buat ramai terpinga-pinga. Ini bukan Takdir Yang Tertulis tapi Takdir Yang Tertipu!,” luah seorang netizen.
“Pengarah tolong sambung lagi satu episod untuk leraikan kekusutan dalam otak kami semua,” kata seorang lagi penonton.
Lebih menarik perhatian, selebriti terkenal, Neelofa turut berkongsi perasaan tentang episod akhir TYT.
“Penamat TYT seperti tercengang. Terpaling plot twist TYT,” ciapnya dalam Twitter.
Sehingga kini, pengakhiran drama 15 episod itu masih aktif dibahaskan pengguna media sosial.
Dalam pada itu, Shahrulezad menerusi siaran langsung dalam Instagramnya sejurus berakhir drama tersebut memberitahu babak mengejutkan yang ditayangkan pada minit terakhir malam tadi tidak diketahui langsung oleh pelakon lain.
“Babak Hakim itu hanya diketahui oleh saya, Uchee, jurukamera dan Muaz sahaja. Kami rahsiakan kejutan akhir itu daripada semua termasuk para pelakon.
“Apapun, harap penonton jangan terlampau beremosi kerana itu semua hanya drama. Bertenang dan terimalah hakikat jalan ceritanya sebegitu,” ujarnya.
Apa pun tahniah diucapkan kepada pengarah, penulis skrip, kru, barisan pelakon, serta semua yang terlibat dalam produksi drama TYT kerana berjaya menjayakan sebuah karya yang menusuk ke hati penonton.
Sumber: Twitter #takdiryangtertulis, Instagram Shahrulezad
Be the first to comment