
Perkenalan menerusi alam maya seakan sudah menjadi trend bagi anak muda zaman kini.
Malah pelbagai golongan tidak mengira peringkat umur dan latar belakang memilih untuk berkenalan melalui aplikasi laman sosial.
Namun orang ramai dinasihati agar mengenali latar belakang seseorang terlebih dahulu sebelum berjumpa. Ini bagi mengelak sesuatu tidak diingini berlaku.
Seperti yang berlaku kepada seorang gadis tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, dia dikatakan telah ditinggalkan oleh seorang lelaki sebaik saja mereka keluar makan bersama di sebuah restoran.
Terpinga-pinga selepas ditinggalkan lelaki lebih satu jam sebaik saja habis makan
Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Maksu Dodot telah keluar bersama seorang lelaki yang dikatakan ingin membuat collaboration content bersamanya.
Selepas mereka menjamu selera di sebuah restoran di mana gadis ini yang membayar kesemua makanan, lelaki itu tiba-tiba berkata dia ingin ke tandas.
Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila gadis itu ditinggalkan selama lebih satu jam seorang diri di restoran tersebut tanpa khabar berita daripada lelaki berkenaan.
Dah call tapi tak berjawab dan WhatsApp hanya ditinggalkan satu tick
Susulan video tersebut tular sehingga mencecah 1.2 juta views di TikTok, gadis itu dihujani ribuan komen daipada warganet yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya dan mengapa dia keluar bersama lelaki lain walaupun dia sudah mempunyai teman lelaki.
“Mungkin dia pergi tandas tak jumpa jalan keluar” – Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video gadis tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan, 68K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok.
Rata-rata warganet memberikan pendapat mereka masing-masing selepas melihat video itu. Ada yang seakan tidak percaya masih wujud perangai orang seperti itu.
Malah ada yang menyamakan situasi gadis tersebut dengan cerita Bujang Lapok iaitu babak sewaktu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ditinggalkan di kedai makan.
Berikut video penuh dan penjelasan gadis tersebut:
Tanda Lelaki Tak Suka Kita (Tidak Serius Dalam Hubungan)
Berbeza dengan tanda lelaki sayang kita, orang perempuan juga boleh tahu tanda lelaki tak suka kita. Bukannya terus boleh baca, cuma lama-lama akan terbiasa.
Biasanya, ia bermula bila nampak si lelaki ini semakin tidak serius dalam perhubungan. Tambahan lagi, kejujurannya semakin diragui.
Kenapa lelaki suka abaikan, dan ignore orang perempuan?
Pelik bin ajaib.
Masa belum dapat, bukan main caring. 24 jam mesej tak berhenti. Tanya itu, tanya ini. Bila dah dapat, lain pula ceritanya. Langsung tak serius dalam perhubungan.
Menurut Brightside, salah satu tanda dia tak sayang kita; dia yang mulakan mesej kita, tapi tergantung begitu sahaja. Nampak macam kita yang terhegeh-hegeh.
Begitu juga sebelum kahwin, bukan main romantik. Lepas kahwin, terus hilang macam itu sahaja. Bukan sahaja buat tak tahu, malah mendiamkan diri.
Sumber:trendingsangat
Be the first to comment