Pasangan usahawan terkenal buka klinik estetik sendiri, ramai sangsi tapi muncul seorang ini jelaskan sesuatu yang mengejutkan

Menjadi seorang usahawan bukan satu bidang yang mudah kerana banyak cabaran dan halangan yang perlu dihadapi sebelum berjaya.

Bercakap tentang usahawan, siapa sahaja yang tidak kenal pasangan pengasas produk kecantikan, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina?

Alah, pasangan yang pernah menjadi fenomena di Instagram atas kemesraan mereka dan kejayaan yang dikecapi dalam dunia bisnes sehingga menjadi sumber inspirasi orang ramai tu.

Kali ini, nama Hafiz dan isterinya sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila mereka dikatakan dalam proses menubuhkan klinik estetik sendiri.

Tiba tiba isteri menangis

Tadi saya & wife pergi ke Klinik yg kami nak tubuhkan. Memang hati ni Ya Allah

Bila tengah interview tadi, saya tak tahu kenapa tiba tiba isteri menangis. Bila dengar kata kata dia, hati lelaki ni rasa sayu sangat

Saya nak awak semua faham 1 perkara ni

Tangan saya masih terasa penat, kaki saya masih terasa lenguhnya, hati saya masih terasa sakitnya & otak ni masih lagi rasa stressnya bila teringat usaha usaha diawal dulu hingga sekarang

Semuanya sebab apa? Sebab perjuangan untuk “cinta sejati” saya AINAA

Seronok tengok orang boleh beli rumah besar untuk isteri, saya tak malu cakap saya masih “menyewa” & cakap dengan isteri kita sabar sikit. Bukan sebab tak mampu beli, tapi kita kejar capai impian ni dulu

Kami muda lagi, taknak kami kalah dengan nafsu harta

Harta bukan sumber inspirasi untuk kita & jangan ajar orang lain tengok harta kita, tapi perjalanan, kesungguhan & perjuangan kita yg perlu mereka nampak

@ainaaclinic , Klinik? Dulu saya hanya impikan. Sebab saya taknak orang pandang rendah pasa kebolehan isteri saya AINAA. Alhamdulilah kita mencapainya

Perjalanan baru sahaja bermula, ia akan jadi 1 sejarah dengan izin Allah. Saya akan buat betul betul untuk @ainaabeautyofficial & @ainaaclinic

Semuanya adalah dari “cinta”. Cinta Allah & cinta dari awak semua.

Wah, hebatnya kedua pasangan ini! Bagi individu yang mengikuti perjalanan hidup mereka dari awal memulakan bisnes sehingga sekarang, pasti sangat terharu dan teruja mendengar perkhabaran gembira berkenaan.

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang mempersoalkan sama ada boleh atau tidak mereka membuka klinik itu sedangkan kedua-duanya tidak memiliki latarbelakang perubatan mahupun estetik.

Kena ada ‘medical degree’ & sijil ‘annual practice’

 

Boleh percaya ke? Produk pun ragu2

Bagi menjernihkan suasana, seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @drfame8fry tampil memberi penjelasan berkenaan segala persoalan yang bermain dalam fikiran warganet tersebut.

Dalam pada itu, individu terbabit mengakhiri penjelasannya dengan menyatakan, jika klinik estetik milik pasangan itu mempunyai doktor perubatan yang bertugas untuk memantau operasi, maka ia boleh dibuka dan adalah lebih selamat.

 

 

Tambahnya lagi, ahli perniagan yang mahu menceburi bidang estetik seharusnya mematuhi etika undang-undang yang ada berkenaan operasi klinik tersebut.

Malah, dia turut menegaskan dan menggalakkan orang ramai menggunakan khidmat klinik estetik yang diketuai golongan doktor perubatan bertauliah.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Aina dan Hafiz. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan!

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad , Twitter @Kessmaess , @drfame8fry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*