
SEPANG: Seorang doktor di klinik kecantikan di ibu negara, Dr Roland Victor memberi keterangan dua jam 30 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang berhubung video komennya mengenai vaksin COVID-19 yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Roland yang sebelum itu dilihat tiba di IPD Sepang pada 2.30 petang tadi, menjelaskan beliau memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan berkenaan.
Beliau yang juga pengasas klinik kecantikan itu berkata, setakat ini polis tidak memaklumkan sama ada beliau akan dipanggil semula untuk memberi keterangan atau sebaliknya, namun bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil.
Menurutnya, siasatan polis berhubung video dimuatnaik di Facebook kliniknya pada 7 Februari lalu berkenaan perkongsian pandangannya mengenai vaksin COVID-19.
“Polis memaklumkan menerima satu aduan berkenaan video tular itu pada 11 Februari, namun tidak mendedahkan identiti pihak membuat laporan. Video 56 minit yang dikongsi dalam Facebook itu hanya menjelaskan risiko dihadapi pengguna dan bukannya untuk menakutkan-nakutkan mereka.
“Semalam polis menghubungi saya pada jam 1 tengah hari untuk hadir ke IPD Sepang bagi memberi keterangan berhubung video tular itu. Sebagai doktor perubatan saya hanya memberi pandangan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin itu terhadap orang ramai,” katanya ketika ditemui di IPD Sepang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan pengusaha klinik itu hadir ke IPD Sepang bagi memberi keterangan.
Pengasas KL Sky Clinic, Dr Roland Victor Aloysius Victor ditemani peguamnya, Alicia Nicholson tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada jam 2.15 petang.
“Saya mula diambil keterangan selama hampir dua jam 30 minit oleh pegawai penyiasat.
“Mereka merakam kenyataan berkaitan video saya berdurasi 56 hingga 58 minit dimuat naik pada 7 Februari lalu jam 10.38 malam dalam Facebook rasmi KL Sky Clinic yang menerangkan mengenai fungsi, pengambilan vaksin Covid-19 dan risiko serta kesan yang mungkin dihadapi sekiranya diambil oleh awam tadi,” kata Roland.
Menurut Roland, beliau menjelaskan kepada pegawai penyiasat bahawa video yang mengandungi isu berkaitan vaksin Covid-19 itu berdasaskan fakta sains.
Katanya, setakat ini satu laporan polis diterima berhubung kandungan video itu.
“Kes disia.sat mengikut Seksyen 504 Ka.nun Ke.sek.saan kerana meng.aibkan dengan niat hendak meme.cahkan ke.amanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan,” katanya.
Video yang tular.
https://www.youtube.com/watch?v=hIOh1S6U3mg
Sumber Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment