Salam takziah, Radin Era kongsi perkhabaran duka, kehilangan orang yang amat disayangi, “Damailah di syurga”

PENYAMPAI radio Era FM iaitu Radin berkongsi berita sedih pemergian ibu tercinta, Feridah Hashim pada pagi Khamis.

Menerusi Instagram, Radin atau nama sebenar Radin Amir Effendi memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah ibunya yang meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram milik penyampai radio itu yang memuat naik gambar hitam bertulis “Innalillahiwainnailaihirajiun” sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Assalamualaikum, dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarham Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.25 pagi tadi.

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama -sama orang beriman… amin!” tulisnya.

Menerusi laporan akhbar pada Februari tahun lalu, Radin berkata ibunya yang menetap di Ipoh, Perak itu sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair sehingga terpaksa bergantung bantuan oksigen.

“Kondisi kesihatan ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Ibu rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.

“Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arwah bapa mahu saya menjaga mereka. Bagaimanapun, saya jarang bersama ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh, Perak sejak bekerja.

“Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah saya bimbang keadaan ibu,” katanya yang memaklumkan keadaan kesihatan ibu membuatkan dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.

Personaliti radio itu bagaimanapun, tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai pemergian ibu tercintanya.

”Amin, Nd sayang mama,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Peminat turut sedekahkan al-fatihah, rata-ratanya juga termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat hos berusia 30 tahun itu pada ruangan komen.

 

 

Untuk rekod, Radin yang juga merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu telah kehilangan bapanya pada tahun 2010.

Sumber Utusan/Mstar

Be the first to comment on "Salam takziah, Radin Era kongsi perkhabaran duka, kehilangan orang yang amat disayangi, “Damailah di syurga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*