
Baru-baru ini Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsikan satu foto di laman Instagram baginda, menunjukkan gigi crown baharunya yang baginda tempah di h0sp1tal Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Namun apa yang menjadi perhatian warganet dan pengikutnya adalah, apabila baginda terper4njat dengan bil bayaran yang diterimanya.
Menulis di ruangan kapsyen :
“Pergi pasang crown saya di #h0sp1taltuankumizan … terima kasih kepada Dr Awie @ttdentallaboratory …. terperanjat saya terima bill !!! love my new Crown ??… cantek sangat dan tidak perlu adjust pun …. selesa sangat !!! ??????”
Baginda meluahkan rasa gembira dengan gigi crown baharunya itu sambil memuji servis doktor di h0sp1tal berkenaan.
Melihat kepada bil yang diterima oleh baginda, rupa-rupanya h0sp1tal tersebut tidak mengambil apa-apa bayaran, siap tulis nota “WE LOVE YOU” di ruangan bil berkenaan.
Alahai sweetnya mereka ini!
Meninjau di ruangan komen, laman Instagram Baginda dibanjiri dengan komen-komen positif, malah ada yang mengatakan bahawa h0sp1tal berkenaan sangat bertuah kerana dapat customer special seperti baginda!
Sedikit info
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: تونكو حجة عزيزة امينة ميمونة إسكندرية بنت المرحوم المتوكل على الله سلطان اسكندر الحج; diputerikan pada 5 Ogos 1960) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5. Baginda ialah permaisuri kepada Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.
Tunku Hajah Azizah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru dan merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Enche’ Besar Hajah Kalsom. KDYMM Tuanku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik-beradik. Kakanda puteranya kini merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar.
KDYMM Tuanku Azizah memulakan pendidikan awal baginda di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda kemudian meneruskan pendidikan baginda di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim dan mendapatkan pendidikan menengah baginda di Sekolah Tun Fatimah, kedua-duanya di Johor Bahru.
KDYMM Tuanku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, “Air Tangan Tengku Puan Pahang” dan “Masakan Tradisional Pahang”. Baginda juga tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang.
KDYMM Tuanku Tunku Hajah Azizah telah bertemu jodoh dengan Tengku Abdullah yang juga merupakan Sultan Pahang yang ke 6. Tunku Azizah kali pertama berjumpa dengan Al-Sultan Abdullah ketika berusia 12 tahun dan 13 tahun. Baginda berdua telah melangsungkan perkahwinan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Selepas mendirikan rumah tangga bersama ketika itu Tengku Mahkota Pahang, Tunku Azizah bergelar sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur.
Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment