
Kehadiran cahaya mata baru dalam hidup pasangan suami isteri merupakan satu anugerah yang amat berharga dikurniakan oleh Tuhan sebagai amanah kepada mereka untuk menjaga dan mencorakkannya.
Baru-baru ini juga, dunia hiburan menerima kelahiran cahaya mata pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.
Memetik penulisan Hot FM, setelah genap seminggu kelahiran anak kedua mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu, Awal dan Scha membuat keputusan untuk mendedahkan wajah bayi comel itu.
Sementara itu, mereka turut memaparkan perjalanan kelahiran bayi yang digelar ‘Baby L’ itu menerusi sebuah program eksklusif, daripada sebelum menyambut kelahiran sehingga selepas bayi selamat dilahirkan.
Video berdurasi 30 minit tersebut ternyata telah meraih perhatian ramai yang rata-rata berasa sebak saat menonton ‘teaser’ yang dimuat naik oleh Scha melalui laman sosial Instagram miliknya.
Nak nangis, sebak
Tahniah Awal & Scha!
Bestnya suami teman di sisi sewaktu ‘operation’
Pasangan tersebut berkahwin pada 4 Mei 2012 dan turut dikurniakan cahaya mata sulung Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Hitung hari bersalin anak kedua, Scha Alyahya akui kehamilan kali ini berbeza – “Beberapa kali pedih ulu hati sehingga menjadikan saya lemah dan keletihan”
HANYA menghitung hari menimang cahaya mata kedua, pelakon Scha Alyahya mengakui kehamilan kali ini memberi pengalaman berbeza kepada dirinya.
Bukan sahaja sering keletihan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya turut mengalami pedih ulu hati dan reflux asid membuatkan dirinya lemah.
Menurut pelakon berusia 38 tahun ini, bayi dalam kandungannya juga membesar dengan baik dan berharap proses bersalin berjalan lancar.
“Insya-Allah baby akan lahir bila-bila masa harapnya. Sejujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini, saya berasa sangat bersedia untuk kehamilan kedua saya.
“Untuk mengatakan bahawa ia berbeza dengan kehamilan pertama adalah sesuatu kenyataan yang tidak jelas. Saya tak jangka keletihan ini memberi kesan kepada diri saya dan saya mahu ia berlalu dengan cepat.
“Kena beberapa kali pedih ulu hati dan reflux asid yang saya perlu hadapi setiap hari menjadikan diri saya lemah sehingga hari ini. Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah cuma trimester pertama saja mencabar.
“Baby pula sihat, terbesar pula dalam perut ini. Tiada dua kehamilan yang sama tapi mereka berdua luar biasa dengan cara tersendiri. Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah kami akan kongsi berita dengan anda tidak lama lagi,” katanya.
Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkongsi mengenai perkara tersebut dengan memuat naik foto dia memperlihatkan baby bump menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja menantikan kelahiran anak kedua pasangan selebriti itu dan mendoakan agar segala urusan Scha bersalin berjalan dengan lancar.
Sumber: Hot FM , Instagram Scha Al-Yahya
Be the first to comment