Cubaan bnnuh diri di “bypass” Rawang, bekas isteri datang pujuk, rupa rupanya punca ingin bnuh diri didedahkan

Gombak: Tertekan dengan masalah rumah tangga selepas ber.cerai dengan bekas isterinya menyebabkan seorang lelaki berdiri di atas tembok pembahagi jalan dan cuba terjun di Jambatan Rawang By Pass dari arah Selayang menghala ke Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 1.30 tengah hari memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Rawang dan unit kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian bersama pihak bomba.

“Ketika polis dan bomba sampai, lelaki berusia 50 tahun itu sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut di tiang lampu jalan di atas Jambatan Rawang Bypass dan cuba terjun dari jambatan itu.

“Pihak polis dan bomba berusaha memujuknya supaya tidak terjun dari jambatan pada ketinggian 100 meter, namun dia enggan dan men.gugut akan terjun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, ketika dalam proses memujuk lelaki itu, seorang wanita berusia 50 tahun dipercayai bekas isterinya datang untuk memujuknya.

Beliau berkata, lelaki itu akhirnya berjaya dipujuk bekas isterinya dan diselamatkan dengan bantuan pihak polis serta bomba.

“Lelaki itu kemudian ditahan sebelum siasatan mendapati dia bertindak sedemikian kerana menghadapi krisis rumah tangga dengan bekas isterinya dan sudah bercerai pada 12 Januari lalu.

“Lelaki itu dalam usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula dan ia adalah perkahwinan keduanya selama empat tahun serta tidak dikurniakan zuriat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Ke.seksaan dan suspek akan ditahan reman esok bagi membantu siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan mendapati sus.pek baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dan tidak mempunyai rekod jen4.yah lampau.

Video,

Sumber Hmetro

Be the first to comment on "Cubaan bnnuh diri di “bypass” Rawang, bekas isteri datang pujuk, rupa rupanya punca ingin bnuh diri didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*