Janna Nick dikecam lagi, netizen viralkan hashtag #jannanickisgoingtojailparty

Pelakon Janna Nick masih lagi menjadi bualan netizen di Twitter walaupun dia sudah memuat naik video menjelaskan keadaan sebenar berkenaan isu mempersendakan kematian seorang artis K-Pop pda tahun 2018.

Peminat geram dengan Janna Nick?

Kali ini, satu hashtag #Jannanickisgoingtojailparty pula menjadi trending selepas ada netizen yang yang memuat naik satu kenyataan memaklumkan pelakon itu menyindir satu lagi artis K-Pop di ruangan Instagram.

Sindir girlband pulak?

Dalam tangkapan skrin tersebut, Janna didakawa menyindir nama satu kumpulan K-Pop diruangan komen ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Hal ini membuatkan netizen berasa kurang senang dan mengecam tindakan Janna yang dilihat tidak menghormati artis kegemaran mereka.

Trending lagi sekali di Twitter

Susulan daripada itu, #Jannanickgoingtojailparty telah tular di Twitter dan trending dengan ribuan orang meninggalkan ciapan beserta hashtag tersebut.

Bukan hanya peminat dari Malaysia, bahkan dari peminat dari luar negara juga turut mengecam tindakan Janna yang didakwa mempermainkan nama girlband kegemaran mereka.

Walau bagaimanapunm setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada Janna Nick berhubung isu baru itu. hashtang yang diviralkan oleh peminat K-Pop itu juga dilihat semakin tular di Twitter dengan belasan ribu pengguna memakai #Jannanickgoingtojailparty dalam ciapan mereka.

Sumber: NCTFL3F, aiyukahan, Twitter

Be the first to comment on "Janna Nick dikecam lagi, netizen viralkan hashtag #jannanickisgoingtojailparty"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*