Tular video murtadkan isteri, pasangan merayu mohon maaf di YouTube cerita perkara sebenar

Sebelum ini, viral di medoa sosial seorang lelaki yang mendakwa telah memurtadkan isterinya yang beragama Islam untuk berkahwin.

Dia dengan bangga menceritakan perkara tersebut di aplikasi Tiktok dan membuatkan netizen marah.

Sehubungan dengan itu, menerusi Harian Metro, Polis Johor telah membuat serbuan ke rumah pasangan tersebut di Perjiranan Dato Onn  jam 9.50 semalam.

Polis dah serbu rumah

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak mereka telah menyerbu rumah berkenaan dan mendapati pasangan tersebut tiada di premis berkenaan.

“Pihak polis berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan mendapati kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan kakak lelaki itu sahaja.
“Suspek yang berusia lingkungan 29 tahun itu sudah dikenal pasti namun tiada di premis berkenaan. Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya 

Isteri sanggup sujud di kaki

Tidak lama selepas itu isteri kepada lelaki tersebut yang juga merupakan warganegara Indonesia telah memohon maaf melalui video yang dimuat naik dari akaun Happy Family Malaysia.

Dalam video itu, dia memhon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan kenyataan suaminya. Dia juga memberitahu sudah dimurtadkan sejak berada di Indonesia lagi.

“Demi Tuhan kita takkan buat apa lagi, kepada Menteri-Menteri, kepada seluruh rakyat Malaysia bagilah kesempatan (kepada) aku dan suami minta maaf. Kalau aku sama suami ada salah, maafkan. Tolong, maafkan suami saya. Kami punya anak kecil lagi…tolonglah. Bersujud di kaki kalian semua pun tak ada masalah.”

https://youtu.be/119c15_ojVw

Wanita itu juga turut meminta agar diberi peluang diatas kesalahan yang mereka lalukan kerana mempunyai dua orang anak dan masih mmerlukan suami untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil.

“Anak saya masih kecil, masih memerlukan ayah. Mungkin kalau semua orang dah maafkan, kita janji kita takkan buat video tentang agama semua itu.” Katanya

Suspek minta maaf

Selain itu, lelaki India tersebut juga turut sama meminta maaf diatas segala yang diucapkan sebelum ini dan apa yang dikongsikan sama sekali tidak berniat untuk memburukkan mana-mana agama.

Sedang lakukan siasatan

Setakat ini, piha polis masih lagi membuat siasatan berhubung isu tersebut dan diminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat bekenaan perkara terbabit tampil memberikan kerjasama dan tidak melakukan tindakan sendiri.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat terus kepada pihak polis serta tidak mengambil tindakan secara sendirian, yang dibimbangi boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta H4.sutan 1948, Seksyen 298 K4.nun Kes3.ksaan, Seksyen 505 (C) Kanun Kes3.ksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad), Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*