Tahniah Tokram Terima Menantu, Pelamin Kahwin Anak Tokram Memang Simple Habis Macam Tak Percaya Je

Meastro tersohor negara, Datuk Ramli MS menerima menantu apabila anak perempuannya, Nadiah selamat menikah dengan pasangannya, Taufik Farriz, semalam.

Khabar pernikahan Nadiah yang merupakan anak dari perkahwinan pertamanya dengan Jennifer Thompson itu disampaikan oleh isterinya, Datin Alyah menerusi kemas kini di Instagram.

Sempoi Pasang Pelamin Depan Rumah

Tok Ram Terima Menantu, Sempoi Pasang Pelamin Depan Rumah

Dalam kemas kini tersebut, Alyah memuat naik foto mereka sekeluarga di pelamin ringkas yang dipercayai didirikan di dalam kawasan kediaman Ramli.

Selain Alyah, turut kelihatan Jennifer yang juga merupakan orang kuat industri muzik tempatan bersama seorang lagi anak hasil pernikahan dengan Ramli, Najee.

Sebagai ibu tiri, Alyah menzahirkan perasaan bahagia dan ucapan terima kasih kerana ikut diberi kesempatan membuat persiapan majlis tersebut.

“Terima kasih @tokram_ramlims untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you Allah,” tulis Alyah.

Penyanyi Jutaan Purnama itu juga mendoakan agar rumah tangga yang dibina Nadiah dan Taufiq berkekalan ke syurga.

DETIK PERKENALAN SEBELUM KE JINJANG PELAMIN

Sementara itu, tinjauan Gempak pada akaun Instagram nadiah yang berkhidmat di syarikat rakaman Universal Music menyaksikan dia memuat naik beberapa foto pernikahan dengan Taufiq sambil ‘membocorkan’ detik awal perkenalan mereka.

Melalui tangkapan skrin, Nadiah yang bertunang dengan Taufiq tahun lalu memberi gambaran berkenalan dengan suaminya itu pada 2017 atas satu urusan kerja.

“Look, we’ve come so far (swipe to last photo for our first conversation) we’re finally married yalls,” tulis Nadiah.

Terdahulu, menerusi pengumuman, kerajaan membenarkan majlis seperti perkahwinan diadakan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 20 orang tidak termasuk jurunikah dan saksi mengikut SOP yang telah ditetapkan pada 18 Februari lalu.

Siapa Tok Ram,

Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.

Beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan disiplinnya semasa bekerja. Meskipun begitu, di luar waktu bekerja, keperibadian beliau lebih kepada seorang yang suka bergurau.

Pada tahun 1988, beliau melangsungkan perkahwinan bersama isteri pertamanya, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang.

Image result for ramli ms

Pada 18 Mac 2013, beliau telah menikahi penyanyi Alyah di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun lima bulan sebelum diketahui oleh media.

Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS yang dilahirkan pada tahun 1959 ialah seorang maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.

Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.

  • Beliau cukup sinonim dengan hasil karyanya sebagai penggubah lagu serta pernah 3 kali memenangi anugerah AIM untuk kategori Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik.
  • Pada tahun 2009, album nyanyian Misha memenangi anugerah Album Pop Terbaik yang mana ia ialah kerjasama Ramli sebagai penerbit eksekutif.
  • Beliau pernah memimpin sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, Slam Live Concert Unplugged pada 3 Ogos 1996.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Tahniah Tokram Terima Menantu, Pelamin Kahwin Anak Tokram Memang Simple Habis Macam Tak Percaya Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*