Persendakan guru bahasa Inggeris, akhirnya DJ Hitz FM buat sesuatu di luar jangkaan

Tular di media sosial sebelum ini mengenai seorang penyampai radio Hitz Fm Sarawak mempersendakan guru bahasa Inggeris yang mengajar di DidikTv.

Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru di akaun Instagram milik Hitz Fm Sarawak, mereka mengesahkan DJ Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Shukri telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan semalam.

“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuatkuasa 22 Februari 2021,” jelasnya.

Terdahulu, video di aplikasi TikTok yang dimuat naik olehnya telah mengundang kecaman hebat netizen dan kemarahan  hingga dia akhirnya tampil membuat permohanan maaf dengan tindakan kebudakan-budakan tersebut selain turut berharap agar orang ramai dapat membantu untuk menghubungi guru terbabit.

Meninjau ke akaun Instagram miliknya, sehingga kini masih tiada sebarang update terbaru yang dibuat mengenai perletakan jawatannya itu.

Kronologi sebelum ini,

Deejay Hitz FM Sarawak minta maaf

DJ Yusuf mengundang kecaman netizen di aplikasi TikTok.

Penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri, 29, atau DJ Yusuf tampil membuat permohonan maaf selepas tindakannya memuat naik video di aplikasi TikTok mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita mengundang kecaman netizen.

Yusuf menerusi video di Instagram TV turut meminta bantuan secara terbuka supaya dia dapat dihubungkan dengan guru itu bagi membolehkannya memohon maaf atas sikap yang ditunjukkan.

“Perkara pertama adalah saya dengan seikhlas hati memohon maaf kerana mempersenda guru terbabit. Ia langsung tidak lucu dan saya tak boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk membenarkan sesuatu sikap buruk.

“Ia satu sikap saya yang amat biadab dan untuk itu saya mahu memohon maaf secara peribadi kepada dia dan keluarganya. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua guru-guru yang tersinggung selepas menonton video yang saya hasilkan,” katanya.

Terdahulu, tindakan Yusuf memuat naik video sebagai respons kepada sebutan bahasa Inggeris guru wanita sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah mencetuskan kemarahan netizen yang turut mendesak stesen radio Hitz FM Sarawak memecat Yusuf.

Namun, segelintirnya meminta Yusuf tidak dipecat sebaliknya menggesa dia memohon maaf secara terbuka.

Susulan itu, Yusof digantung tugas serta-merta menerusi kenyataan dikeluarkan wakil pengurusan stesen radio itu, semalam.

Pengurus Besar Astro Radio East Malaysia, Hafiz Nizamuddin berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu selain memohon maaf atas perilaku penyampai terbabit.

“Hitz FM komited untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan dengan tulus kami meminta maaf atas kelakuan buruk salah seorang penyampai radio kami menerusi sebuah video baru-baru ini yang menjadi tular.

“Kami memandang serius perkara ini dan akan melakukan siasatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai radio ini akan digantung tugasnya,” katanya.

Sindir guru, deejay Hitz FM Sarawak bakal digantung tugas

Yusuf tampil membuat permohonan maaf menerusi entri di Instagram TV (IGTV), petang tadi. Foto IG DJ Yusuf

Penyampai radio Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf, 29, berdepan tindakan digantung kerja berikutan rakaman video mempersendakan seorang guru yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Pengurus Besar Astro Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin, berkata syarikat memohon maaf dan meluahkan rasa kesal di atas perlakuan DJ Yusuf.

“Dengan rasa rendah diri, Hitz FM memohon maaf di atas keterlanjuran tingkah laku salah seorang penyampai kami menerusi video yang tular, baru-baru ini.

“Kami memandang serius perkara ini. Pihak pengurusan akan menjalankan siasatan dalaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video tular itu memaparkan aksi Yusuf mentertawakan guru terbabit yang sedang menyampaikan subjek Sains untuk siaran Didik TV.

Susulan kecaman yang diterima, Yusuf tampil membuat permohonan maaf menerusi entri di Instagram TV (IGTV), petang tadi.

Dalam video berdurasi 2.33 minit itu, Yusuf mengakui tindakan memuat naik video terbabit sebagai perbuatan biadap dan tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya ingin menjelaskan tidak sepatutnya memuat naik video yang jelas menunjukkan saya mempersendakan guru terbabit.

“Dengan penuh keikhlasan, saya ingin memohon maaf kepada cikgu terbabit kerana membuatkan dirinya terasa dan terluka atas perbuatan saya itu,” katanya.

Yusuf turut meluahkan rasa kesal selepas mendapat tahu guru yang dipersendakan bekerja secara sukarela untuk slot berkenaan.

“Saya tidak sepatutnya menjadikan usaha guru terbabit sebagai bahan jenaka. Saya sekali lagi memohon maaf kepada guru terbabit, ahli keluarganya dan semua guru atau sesiapa sahaja yang terguris dengan perbuatan saya itu,” katanya.

Yusuf berharap supaya ada pihak yang dapat membantunya bersemuka dengan guru terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Video yang tular,

Sumber: Instagram Hitz Fm Sarawak/Bharian

Be the first to comment on "Persendakan guru bahasa Inggeris, akhirnya DJ Hitz FM buat sesuatu di luar jangkaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*