Suamiku sorg yg family man, x tinggal solat, slalu ke surau brjemaah tapi 2 biji keta dan rumah semua sy bayar. Bila aku ajak bincang dlm bilik tidur ini pulak alasanya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Terima kasih admin jika confession ni disiarkan.

Assalamualaikum untuk semua pembaca di sini. Ini adalah kali pertama aku confess di sini, yang sebelum ini hanyalah sekadar silent reader sahaja.

Aku berusia 40 an, mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah menjejak kaki ke universiti. Aku telah berkahwin selama 20 tahun. Iya, 20 tahun, lama bukan. Berkahwin dengan pilihan hati, walaupun tidak disukai ibu pada awalnya.

Aku seorang wanita berkerjaya, bergaji agak lumayan manakala suami bekerja swasta dengan gaji yang biasa2 sahaja. Suamiku seorang yang family man, tidak tinggal solat, selalu ke surau berjemaah.

Dari segi luarannya he is perfect man dan selalu dicemburui kawan2 ku, yang mengatakan beruntungnya aku mendapat suami seperti dia. Iya ke sangat beruntung, tetapi beruntung dimata orang inilah yang menyebabkan aku makan hati, berendam air mata dan bermonolog dalam duka.

Dia seorang yang tidak rajin mencari nafkah. Dengan gaji yang kecik, hampir 90% terletak dibahu aku. Rumah, kereta dua buah dan tanah semuanya atas usaha aku. Semua aku yang bayar.

Perkakas rumah semuanya daripada aku, hasil gaji aku. Dia bolehlah beli paip air yang rosak. Kalau pergi bercuti, 90% aku yang tanggung, daripada duit minyak, hotel dan makan.

Semua aku. Bercuti pun atas usaha aku demi anak2 yang bosan duduk di rumah. Bila aku mintak dia cari duit luar, aku tahu sebab dia mampu, tapi itu jadi punca perbalahan kami.

Sehingga berhari hari tidak bercakap. Daripada tahun pertama berkahwin sampai 20 tahun, inilah yang aku tanggung. Sehingga kerja dia yang bertangguh dengan orang aku yang kena selesaikan beribu-ribu ringgit, demi maruah.

Hutang dengan orang pun banyak. Hutang dengan aku belas-belas ribu. Tunggu dapat gaji nak bayar. Belas tahun dah aku dengar ayat ni. Bila nak bayar, sebab gaji kecik. Baju raya aku dah belas tahun tak bagi. Pakaian lain lagi lah tak.

Aku yang selalu beli baju baju dia, tanpa ada terima kasih. Dia benar-benar zon selesa. Selesa sangat. Dia tak kisah sangat kalau duit takda samada untuk dia atau anak-anak.

Tak kisah langsung, sebab baginya aku ada. Kadang-kadang aku menangis sendiri. Dia tak pernah Tanya samada aku cukup duit atau tak. Tak pernah sekalipun. Nafkah aku??? RM50 sebulan pun tak dapat.

Dahlah buat kerja semua benda lambat. Balik dari pejabat main game depan tv. Lepas isyak sambung game lagi sambil tengok tv. Kadang sampai jam 11 atau 12 malam. Bila aku nak duduk dan berbincang, dia bangun. Aku pegang tangan dia, dia mintak lepaskan.

Nak bincang dalam bilik tidur, dia kata penat. Jadi, di manakah nilai aku sebagai isteri pada dia. Nak gurau senda memang taklah. Dulu dulu je ada. Akhir-akhir ni, aku semakin tawar hati.

Tawar sangat-sangat. Aku dah fed up dengan perkahwinan t0ksik ini. Selepas lama memendam luka yang tidak sembuh sembuh ini, aku nekad mintak untuk dilepaskan. Aku beritahu kepadanya supaya lepaskan aku dalam keadaan baik.

Jangan siksa aku dengan perkara yang aku tak mampu menanggungnya lagi. Aku ingin lepas dari dosa dalam rumahtangga ini. Aku tak mampu lagi hadapnya. Aku ingin bahagia di hujung usia ini. Aku sungguh tidak mampu. Betapa berdosanya aku, tidak melayannya sebagai suami, lantaran sakit dijiw4 yang kian hari kian par4h.

Sedih dan terluka dengan sikapnya yang tidak mahu berubah. Dia merayu aku agar fikir anak-anak. Aku kata, jangan jadikan alasan anak untuk kita kekal dalam perkahwinan ini. Aku akan berterus terang dengan anak-anak sebab mereka dah semakin dewasa dan mereka berhak tahu keadaan ibu dan ayah mereka.

Aku sudah tidak boleh terus berpura-pura, menanggung beban kewangan yang tidak sedikit. Dia Tanya aku, apa syarat yang aku nak untuk dia beroleh semula cinta aku. Aku kata, tidak ada apa-apa syarat, aku nak dia lepaskan aku secara baik. Itu sahaja. Aku telah berhubung dengan peguam aku untuk aku failkan percerraian ini.

Habis sahaja pkp, peguam aku akan proceed semua ni dan akan buat surat serahan kepadanya. Aku redha. Perkahwinan ini ada tempoh masa, sama ada berpisah dengan aj4l atau berpisah dengan lafaz. Daripada aku menanggung derita yang tidak sudah ini, biarlah aku berlepas diri. Dulu aku fikir, lelaki yang baik dan tidak tinggal solat adalah baik sebagai suami.

Tapi ternyata aku silap. Itu tanggungjawabnya dengan Allah, tapi diabaikan tanggungjawab sebagai suami. Aku juga bukan buat keputusan terburu-buru, lama aku berfikir, bermunajat dikeheningan malam dan mohon petunjuk dari Allah. Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk aku serta untuk dia juga. Percerraian ini adalah diharuskan sekiranya ia tidak lagi menjadi syurga untuk kita sebagai isteri.

Jangan lihat isu percerraian sebagai semuanya negatif. Ada orang yang bercerrai tapi tetap bahagia. Jangan paksa diri kalau tidak boleh meneruskan rumahtangga. Kalau suami dan isteri tidak boleh lagi bersama melalui rumahtangga, maka bercerrai itu jalan penyelesaian terbaik.

Jangan kerana sebab anak-anak semata, suami atau isteri, paksa diri untuk telan segala derita dan kepahitan asalkan tidak bercerrai. Andai kata segala usaha telah dilakukan, maka bercerailah. Jangan lihat percerraian itu negatif belaka. Ingat dan sedarilah, walaupun bercerrai tapi tetap ada bahagianya juga.

Percerraian juga ada positifnya, ia sebagai satu jalan keluar. Bagi yang bercerrai anda masih boleh melalui kehidupan dengan bahagia. Belum tentu dengan mengekalkan perkahwinan anda bahagia dan tidak semestinya orang yang bercerrai akan derita. Bahagia dan derita letaknya dihati. Kita boleh pilih nak rasa yang mana.

Allah berikan panas terik, rupanya ada teduh yang menanti, Allah berikan hujan dan petir, rupanya ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada Allah dengan tiap takdir Nya. – JIWA LARA (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Aina raimey – tanggungjawab utama suami adalah menafkahi isteri dan anak2.. andai itu x tertunai.. x de masalah lgsg kalau puan nk bercerai. dia tak tunai tanggungjawab. pi la pejabat agama puan.. ajak berbincang disana.. andai dia degil.. tanya lah pendapat diorg yg arif di pejabat agama.. apa tindakan seterusnya..

kepada commenters yg somehow suruh redha.. be in her shoes… sakit oiii kalau suami x buat tanggungjawab dia.. terbeban kat pundak sendiri.. penat dan lelah nye.. x terungkap dek kata2.. kepada lelaki2 yg dh jd suami, bakal jd suami.. ketahuilah.. anak org yg ko ambil buat bini tu bukan balaci utk ko peras segala lelah..

x besar mana mas kawen standard tu utk korg perhamba bini korg.. xde mak ayah sanggup tgk anak perempuan mereka jd hamba org walau atas nama kasih sayang. buat mak2 and bapak2 yg ade anak lelaki.. kita punya tanggungjawab maha besar utk mendidik anak lelaki kita jd lelaki sejati yg patuh agama dan bertanggungjawab. cukup2 lah losers atas dunia ni.

Hidayah lee – Allahu. Such a strong woman. Saya baca pun rasa penat, sesak dada. Moga dipermudahkan segalanya buat puan. Sepatutnya di awal perkahwinan, tugas suami letakkan di bahu suami. Bukan puan untuk memikulnya walau apa jua alasan. Jadi pengajaran buat kami semua.

Para suami janganlah ambil kesempatan atas kebaikan isteri. If tak mampu mewahkan anak isteri, cukuplah jangan bebankan mereka. Bahagia itu bila kita saling membantu, tolak ansur, dan berkasih sayang tanpa syarat.

Lola zati – Good job Puan. Walk away. 20 tahun satu tempoh yang lama and sepatutnya suami sebagai orang yang rajin ke masjid lebih peka bab nafkah tapi malangnya mengambil kesempatan atas kebaikan puan. When you decided to get a div0rce baru dia menggelabah nak cuba untuk make you fall in love again. It’s too little too late.

What you had spent on your family dah dicatat malaikat, urusan redha or sabar bukan urusan kita yang hanya membaca confession but we are not in her shoes. Walk away,claim your dignity and get your freedom and happiness.

Orang asyik suruh isteri bersabar je tapi takde plak nk suruh si suami berubah. Enough. It’s not worth to get depr3ss over a jerk. Good luck to you and insyallah Allah ease your way ahead.

-end- Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Be the first to comment on "Suamiku sorg yg family man, x tinggal solat, slalu ke surau brjemaah tapi 2 biji keta dan rumah semua sy bayar. Bila aku ajak bincang dlm bilik tidur ini pulak alasanya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*