Kongsi gambar pakai apron, Da’i Syed bikin ramai gadis tak keruan




Baru-baru ini, pendakwah muda Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail memuat naik tiga keping gambar bertujuan untuk ‘marketing’.

Menerusi ‘posting’ itu, Syed seolah-olah memberi bayangan akan mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual biskut atau ‘cookies.

Dalam gambar-gambar tersebut, kelihatan Syed sedang membuat biskut sambil memakai apron dan tersenyum simpul menonjolkan lagi kekacakan wajahnya.

 

“Resipi tidak mempunyai jiwa. Anda sebagai tukang masak, mesti menghiduplam resipi. 
“Bismillah, akan datang tidak lama lagi @asyedap_hq,” tulisnya di ruangan kapsyen dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, gambar yang dikongsi oleh Syed itu telah membuatkan ramai peminat tidak keruan terutamanya dalam kalangan wanita.

Pakai ‘apron’ pun macho

Rata-rata mereka terpesona dengan ketampanan wajah jejaka berusia 26 tahun itu. Ternyata strategi ‘marketing’ itu menjadi apabila ramai yang tidak sabar untuk membeli dan merasai air tangan bekas peserta program Da’i musim keempat itu.

Tak sabar nak rasa biskut

Cair tengok Da’i Syed

Untung bakal isteri

Buat biskut pun comel

 

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 59,000 tanda suka dan 1,013 komen.

Terdahulu, Syed menjadi kontroversi atas dakwaan memperdaya beberapa wanita sehingga berlakunya salah laku.

Biodata Pendakwah Dan Penyanyi Dai Syed (Syed Iqmal)

Siapa Da’i Syed? Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail yang juga nama komersialnya, Da’i Syed merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah Malaysia.

Beliau dikenali umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat pada 2016 yang meletakkannya di tempat keempat.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail.
  • Lebih dikenali sebagai Da’i Syed atau Syed Iqmal.
  • Berumur 25 tahun (2020).
  • Berasal dari Perlis.
  • Berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir.
  • Bergiat sebagai pendakwah bebas, selain bergelar penyanyi dan pelakon.
  • Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4) pada 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat.
  • Antara lain, beliau pernah menyertai program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) pada 2018 sebagai wakil Malaysia dan meraih tempat ketiga.
  • Antara lagu dipopularkannya termasuk Arah, Ya Rasulullah dan Keagungan Cintamu.
  • Pernah membintangi drama Papa Nak Menantu.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 225,000 pengikut.

syed iqmal

Fakta Menarik

  • Terkenal dengan penampilan yang bersahaja serta sering mengenakan fesyen kasual seperti remaja seusianya yang lain.
  • Pernah digosipkan dengan usahawan Joy Revfa.
  • Pada Julai 2020, beliau mendedahkan status dirinya yang sedang berhubungan cinta dengan seorang aktres tidak berhijab, namun dirahsiakan identitinya.

Sumber: Instagram Da’i Syed

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*