Foto MK K-Clique Tayang ‘Six Pack’ Sekali Benda lain Yg Netizen Perasan

Siapa tidak kenal dengan penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan. Tidak dinafikan, raut wajah manis jejaka berusia 25 tahun ini telah ‘mencairkan’ hati segelintir para gadis dan sesiapa saja yang melihatnya.

Rapper dari kumpulan K-Clique ini sering berkongsikan aktiviti hariannya buat pengikut di media sosial. Sehinggakan foto ‘shirtless’ yang dikongsikannya turut membuatkan pengikut wanita ‘pecah ov5ri’.

Kongsi foto ‘shirtless’

Foto ‘shirtless’ yang memaparkan MK berdiri di depan cermin sambil memegang sehelai pakaian jenis blazer itu cvuri perhatian pengikut wanita. Perkongsian tersebut hanya disertai dengan kapsyen ringkas ‘What you reflect is what you expect‘ itu telah dapat lebih 101 ribu tanda suka.

‘Sado dah sekarang’

Sambutan tahun baru

Di ruangan komen, rata-rata pengikut perasan akan perubahan fizikal penyanyi rapper ini. Katanya, bentuk badan MK sudah kelihatan ‘sado’ berbanding sebelum ini.

Terdahulu, MK turut berkongsikan sebuah video percutiannya di sebuah pantai. Video tersebut juga mendapat perhatian ramai apabila rapper itu kelihatan tidak berbaju dan berlari menuju ke pantai untuk bermandi-manda. Sementara itu, dalam posting berkenaan dia mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengikutnya.

MK K-Clique rasa tak layak jadi ‘role model’ tingkat prestasi pelajar SPM- “Saya percaya ada calon lain lebih baik berbanding diri sendiri”

PENYANYI rap kumpulan K-Clique, MK mahu menggunakan kedudukannya sebagai selebriti yang dikenali ramai untuk memberikan pengaruh positif kepada generasi muda.

Bersandarkan niat itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, bersetuju memikul tanggungjawab sebagai duta pusat tuisyen dan peningkatan akademik bagi menggantikan pelakon Mira Filzah.

“Saya percaya tanggungjawab itu datang dengan amanah yang besar dan murni.

“Pada mulanya ketika ditawarkan, saya pun terdetik kenapa pihak PTTI Group Sdn Bhd mengambil saya sebagai duta mereka kerana pada ketika itu saya percaya ada calon lain lebih baik berbanding diri sendiri.

MK memberikan sokongannya kepada pelajar yang sedang mengambil peperiksaan SPM pada ketika ini.

“Bagaimanapun, rezeki itu tidak pernah salah alamat dan amanah ini akan saya galas dengan sebaik mungkin,” katanya kepada mStar.

MK yang mengikat kontrak selama setahun dengan pusat tuisyen tersebut berharap penglibatannya itu dapat menyumbangkan sesuatu yang positif buat peminatnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Saya percaya tanggungjawab itu datang dengan amanah yang besar dan murni..

“Saya ‘dirisik’ sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.

“Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik Covid-19 ini.

“Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang bolehkan PTTI dengan generasi masa kini terutama pelajar SPM,” katanya.

Lagu Ciao nyanyian bersama MK, Joe Flizzow dan Jay Park mendapat sambutan peminat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, MK kini sibuk mempromosikan lagu Ciao hasil kolaborasi bersama Joe Flizzow dan penyanyi rap antarabangsa terkenal, Jay Park.

Sejak dilancarkan pada 22 Januari lalu, muzik video single tersebut telah meraih lebih tiga juta jumlah tontonan.

Sumber: MK K-Clique/Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*