Mertua Suruh Letak Vicks Dan Air Limau Dekat Jahitan Masa Berpantang, Isteri Sanggup Bohong Mak Mertua Cakap Dah Buat, Akhirnya Ini Yg Jadi

Kisah dibawah dipetik dari sebuah laman page yg tular baru-baru ni. Menceritakan nasib wanita yang dalam berpantang dilayan sebegitu rupa oleh mak mertuanya. Ikuti luahan nya dibawah.

Saya dalam dilema sekarang ni. Saya tahu keluarga mertua memang tak suka kan saya. Masalah nya ex suami cerita macam2 pasal saya..

Dia rapat dengan mertua. Jadi dengan dengar sebelah pihak jer saya terus dibnci. Ok lah saya taknak cerita pasal tu sekarang ni. Saya cuma nak minta pendapat semua. Saya baru bersalin anak ke dua 10 hari lepas. Suami hantar saya berpantang rumah mertua sebab dia sibuk sangat sekarang ni.

Projek dia kena t1pu, so dia jarang boleh ada kat rumah.. Mak saya pulak patah tangan. Tak boleh nak jaga saya berpantang. Mertua just tolong uruskan anak saya yang sulong tu jer. Mandikan dan tidur dengan dia sebab dia suka kacau adiknya. Makan minum mandi saya, saya yang buat sendiri.

Mertua suruh saya letak vicks dekat luka jahitan tu. Saya taknak sebab mesti pedih kan. Dia paksa2 saya suruh letak.. Dia cakap kalau taknak dengar cakap dia, tak boleh berpantang kt rumah dia. Saya pun t1pu la cakap letak dah vicks..

Pastu dia suruh saya letak garam campur asam limau, kata nya untuk cepat tanggalkan benang jahitan tu.. Saya berkeras taknak sebab sebelum ni tak pernah dengar pun orang buat macam tu. Dia simpan baju saya dalam bag dan letak kt pintu. Katanya kalau tak turut cakap dia bila2 masa dia boleh campak bag saya keluar.

Sedih sangat dia buat saya macam ni. Petang kelmarin lepas saya mandi dia buatkan air garam campur limau nipis suruh saya cuci tempat luka. Saya ambik dan masuk bilik. Tapi saya buang air tu ikut tingkap.. Dia tanya saya dah buat ke mcm dia suruh, saya bohong dia cakap dah..

Tapi dia tahu saya bohong. Dan dia cakap esok dia sendiri yang akan cuci luka saya pakai vicks dan air limau tu. Tak tahu nak rasa apa dah sekarang ni. Pernah ke korang buat apa yang mertua saya cakap tu ? Mungkin saya yang tak tahu ada cara macam tu.. Tapi saya rasa mesti lah pedih kalau letak vicks.

Alhamdulillah sy skg dah ada kat umah mak. Terima kasih yg tak terhingga utk seorang hamba Allah dari group (KRT) ni sanggup dtg ambik sy kt jengka 11, beliau dr kuantan. Sy dan suami tggal kt shah alam. Sy berpantang kt rumah mertua d pahang, dan keluarga sy d kelantan. Tu yg agak susah utk sy bergerak.

Ptg tu sy bagitahu mertua yg sy nak balik kelantan. Tp dia xbagi.. Dia cakap nak balik tolong balik sorang, anak anak tinggal kt sini. Dia tahu sy xkan kemana mana tanpa anak. Sy call suami berkali kali tapi xdapat. Suami mmg selalu keluar kawasan..

Nak suruh family dtg ambik, memang merasa luka jahitan kena vicks dulu la sy. Sbb agak jauh.. Akhir nya sy cuba hubungi seorang hamba Allah ni yg ada tawarkan pertolongan utk sy dlm komen. Alhamdulillah ada respon dr beliau.. Kami berpakat malam tu dia akan ambik sy dlm pukul 3pagi, sbb masa tu semua dh tidur..

Malam tu sy dukung anak sulung yg berusia 1tahun 6bulan dan anak kedua sy 11hari . Baju bawak yg mertua sy dh siap packing dlm bag jer masa dia nak halau sy haritu. Alhamdulillah sy ditemukan dgn insan yg sangat baik hati. Akak ni nak hantar sy balik Kelantan tp tunggu pagi kata nya.

So, dia bawak sy rehat rumah dia dulu.. Masa sy kat rumah dia suami sy call. Sy cerita semua nya kt suami dan suami suruh sy tunggu kt rumah akak tu dulu sbb dia akan datang. Malam tu suami sampai, dia ambil sy terus ke rumah mertua. Dlm kereta dia x habis menangis minta maaf.

Sampai rumah mertua, ipar duai semua ada.. Bila suami tanya, mertua xmengaku. Ipar duai tudh sy buat ftnah.. Sy terus masuk bilik dan ambik bekas vicks dan air limau yg sy sembunyi kan dr mertua. Mertua terus senyap.. Masa tu sy dah xdapat tahan airmata lg bila ingatkan apa yg mertua buat kt sy.

Luka sy sgt teruk dan banyak sgt jahitan, susah utk sy berjalan. Hari pertama hingga hari ketiga berpantang sy hanya diberi makan maggi kari cup. Hari keempat baru sy keluar beli ikan kt seberang jalan utk masak.. Xhabis dgn tu dipaksa pulak sy letak vicks dan air limau kt luka jahitan.

Sy cerita semua nya depan ipar duai. Mertua hanya diam.. Ipar pulak nampak mmg xpuas hati sy cakap mak diorang mcm tu. Diorang cakap masa diorang pantang, mak diorang jaga diorang dgn baik..

Suami sy nampak terlalu sedih.

Dia cakap selagi keluarga dia xboleh terima sy dgn ikhlas dia xkan balik kerumah tu lg.. Mertua terus halau kami dgn mengatakan suami anak drhaka dan xkan masuk syurga. Sy sedih memikirkan suami. Mungkin dia tersepit diantara ibu dan isteri.. Sy xnak suami sy jd anak drhaka.

Dlm perjalanan balik ke kelantan, suami cakap dia sedih bila dpt tahu mak dia bg sy makan maggi jer. Sedangkan dia dh bagi 2.5k kt mertua utk buat belanja dia, sy dan anak. Ada yg cakap kenapa x upah org jaga dlm berpantang ? Sy pun cadangkan mcm tu dulu.. Tp suami x yakin org dpt jaga sy dan baby dgn baik.

Dia ingatkan bila minta tolong ahli keluarga, akan lebih selamat. Rupa² nya lagi teruk.. Skg alhamdulillah sy dh selamat berpantang kt rumah mak. Tenang emosi sy.. Terima kasih untuk warga² krt yg memberi pendapat pada post sy sebelum ni. Dan terima kasih tak terhingga untuk akak yg tolong sy haritu.. Jasa akak sy xkan lupa sampai bila bila . Inshaallah hubungan silaturahim kita xkan putus. Hanya Allah yg boleh balas jasa akak.

Komen warganet,

Naya Nadia – ape kejadah mak mentua tu nk cuci luka dgn air garam + asam limau n sapu ubat vits…dia x de perasaan ker?? dia x pernah rasa sakit bersalin ker sampai sanggup buat kat anak org mcm tu??xde belas ihsan..akk nk suh cepat sembuh luka tu, sapu ubat yg doctor bagi tu..ubat dlm botol warna kuning..ubat tu bagus tu untuk luka2…klu akk rasa dpt bersabar lagi dgn perangai mentua akk, akk teruskan duk kat sana..klu akk rasa dah x tahan.baik akk suh suami akk hantar blik umah mak akk je..memang emak akk patah tgn, tapi x semestinye dia x bolih jaga ank akk spenuh nye..ade bnda2 yg terbatas untuk dia buat..pikir2 kan lah..lagipon badan kita nk guna lama.bukan stahun dua jer nk pakai…klu kite x kasihan kat diri kite, sape lagi

Sharifah Fatimah – Adoi ni comfom teriak mmng bila btl2x d letak…sdng kn air biasa jk sdh pedih..melain kn cuci guna air suam br lega…ni kn pla suruh cuci guna garam,asam,n limau lg,,,aduhai cm nk masak pla ,,,

Suehaila Saifullah – Apsal ko x balik je uma mak ko???mak patah tgan..bukan mata buta….susah2 ko balik uma ko,pantang sndri…x susah pun janji pantang mkn…klu laki bz,goreng ikan masin pun xp..x pyh nk ikut ckp mk mentua 2…gila ke…klu teruk2 sgt…bila nurse mai uma..ang habaq kt nurse…suh nurse bg penerangan..klu x mkn penerangan..bleh buh penerajang..

Sofia Ismail – Sis sy just nasiht jee sblom Sis meroyan dgn kelakuan mil sis tu lbh baik sis blk umh sdiri atau umh mak sis..tk pernh sy dgr sapu luke dgn vicks dan air limau..maunnya meraung 5hari 5 mlm tahap kepedihan tu..yg mil pon kot tk suka kt menantu tu ko jgnla suh dia buat mcm2 dia pon manusia biasa jugak..dia bru je bersalin cucu ko kot..skt bersalin tk ilang lg ni ko nk tmbh skt lain plak..sis dok umh mertua pon mertua just jga ank sulung better blk umh mak sdiri la wlau pon mak sis pth tgan sis bkn nk bebankn dia jga ank kecik bgai..n yg pentg mak sdiri tkdela nk suh wat kja gila tu..fikir2 sis buat kputsan yg bijak..bgtau suami kot suami menyebelahi mak dia sis ambk pisau hiris tgan dia then sapu minyak vicks n air limau tu ape rasa..maaf kot sy terlbh bg pendapt geram plak. Gan mertua cenggini😤😤

Ekynn Nikiysa  – Sy xde lgi pengalaman bersalin, ape tah lagi pregnant. Tp sis better balik umah mak sndri, pntng sndri. Xsemesti nye petua tu mnjdi. Tkut nnti jd lbh teruk + suami sis xde dkt dgn sis. Menanggung nye sis nnti. Dgr la dri adik bawang nie. Blik umah mak sndri lgi selamat, Kakak sy pon cuci luka dgn air panas or suam je..

Faradilla Ayub – Klu asam keping dengan garam n sirih rebus n suam2 buat cebuk kat tut…. Untuk cepat kering luka ada la….. Letak limau nipis n garam pastu sapu vits tu x pernah dgr lg .ni mesti dia ada niat x baik dkt puan. Berhati2 la n bila rasa x munasabah jer ape yg dia suruh jgn ikt. Klu dia hantar blk pun ok kurang2 kite x sakit bdn n hati. Sy beranak anak no 2 semua urus sendiri ok jer, puan mesti boleh punya kuatkan hati.

Marzuin Ramlan – Air suam letak garam tu..ok lah…letak limau dgn vicks tak pernah dibuat dek org… Apa kata ko ambik je air yg mak mertua tu buat…masuk cepat2 kat bilik air..siram je kat lantai sambil ko terpekik terlolong buat2 pedih…buat drama sikit…ni yg mak mertua ko nak kot… Lagi 1 nak pesan lepas buang air ke atau mandi..pastikan bekas luka lap kering..anginkan bagi kering..tu je.

Latifah Amin  – Dik, anak makcik yg ketiga baru lepas bersalin 15 hari. Balik dari hospital, doktorkan dah bekalkan bermacam ubat makan dan ubat utk luka. Guna je ubat tu..buat apa nak guna cara lain melainkan ibu mertua awak ada niat tak baik pada awak.

Kenapa beranak kali kedua ni, masih minta bantuan mertua? Dah ada pengalaman, pantang je kat rmh ibu sendiri. Klu kena operate tu mmg susah sikit tapi klu normal, belajar berdikari sendiri. Ibu yg patah tangan tu takkan sampai tak blh masak atau awak blh bantu menyuang bawang ke apa.

Buat mana yg terdaya dan makan apa yg ada. Makcik dulu anak pertama, mak berpantang dirumah emak tapi anak kedua makcik pantang rmh sendiri tapi suami makcik bantu masak dan cuci kain. Klu rmh ibu awak ada mesin cuci kain, senang dah cuma kena rajin sikitlah.

Klu makcik kena mcm awak, makcik tak tunggu dah..bawa anak keluar. Dah tahu mertua tak suka, kenapa nak hantar tengkuk lagi. Bila ibu mertua kata nak cuci, lawan jgn biarkan. Biar dia campak beg awak keluar. Klu dia buat mcm tu keluar je..

Ada duit balik rmh ibu. Tak de duit ,minta bantuan jiran yg berhampiran. Dia mesti malukan klu awak buat mcm tu. Jadi jgn takut..bertegas jgn dibiarkan kepala dipijak mertua. Ini contoh mertua yg ingat umur dia boleh menongkat langit! Tak ingat mati..yg ada dlm hatinya adalah hati yg busuk dan kotor. Tapi makcik tak faham awak kata ex suami dlm tulisan awak..dah bercerai ke belum? Semuga awak tabah dan berjaya.

Sharifah Ainun – Sebenarnya dia saja nk kena kan kau.. Mn ada org guna limau nipis utk basuh luka.. Biasanya air grm +asam keping rebus dan bila suam atau sejuk basuhlh.. Alasan dia nk kata kau degil x ikut ckp dia..

Apa kata anda?

Kisah diatas pernah tukar sebelum ini. Tidak dapat kami pastikan samada berdasarkan kepada kisah benar atau rekaan semata mata. Jika benar, kami doakan semoga urusan dipermudahkan.

Sumber https://kisahrumahtangga.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*