Terkini! Bayaran permohonan i-Sinar sedia ada bermula hari ini, KWSP menjelaskan siapa yang akan dapat

KUALA LUMPUR – Permohonan kemudahan i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai 2 Mac 2021 susulan pemansuhan kriterianya bulan lepas.

Menurut kenyataan pada Selasa, KWSP menjelaskan ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.

“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” katanya.

KWSP menambah, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli berusia di bawah 55 tahun tertakluk kepada baki di dalam akaun satu mereka dan ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.

KWSP | Pembayaran i-Sinar Bermula Hari Ini - YouTube

Katanya, permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Dana persaraan itu turut memaklumkan bermula 8 Mac 2021 ahli juga diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

“Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

KWSP menjelaskan bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (akaun satu), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.

Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000 (akaun satu), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan akaun satu, namun jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah RM60,000.

Permohonan kemudahan i-Sinar KWSP yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai, hari ini. - Foto hiasan

Pembayaran juga akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000, menurut KWSP.

Ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 – 8922 6000 atau melayari laman web.

Semak Status Bayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 (8 Mac 2021)

i-sinar-kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

KWSP juga memaklumkan kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.

Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Ini bermakna, syarat kelayakan yang dikenakan bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 dimansuhkan dan pencarum yang membuat permohonan akan diberikan kelulusan automatik.

Jumlah Pengeluaran

Jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

  • Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 ke bawah di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 sehingga 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.
  • Pencarum yang mempunyai simpnana lebih daripada RM100,000 di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pembayaran sehingga 10% dalam simpanan Akaun 1 mereka dan maksimum pengeluaran adalah RM60,000. Bayaran pertama yang boleh dipohon maksimum RM10,000.

Pemansuhan Bayaran Interim

KWSP juga memaklumkan Pembayaran Interim yang dilakukan oleh KWSP sebelum ini sebanyak RM1,000 akan dimasuhkan disebabkan pemansuhan syarat dan kriteria i-Sinar bagi Kategori 2.

>Ini bermakna, pemohon yang tidak menerima bayaran interim akan menerima pembayaran penuh mereka seperti yang dipohon.

Cara Membuat Semakan

Bagi pencarum yang ingin membuat semakan dan mengetahui tarikh pembayaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Semak Status.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit.
  4. Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
  5. Klik butang ‘Semak Status.’
  6. Keputusan status permohonan dipaparkan dan tarikh pembayaran akan dipaparkan.

Sumber Bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*