TNB dedah punca bil letrik pengguna melambung naik tiba-tiba, bukan silap TNB tapi punca sebenarnya memang buat rakyat terkejut besar

KUALA LUMPUR – Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh berkata, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau memberi contoh, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celsius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

6 Tips Penjimatan Elektrik Penghawa Dingin Yang Bijak Dikongsikan Oleh TNB ~ Pusing 1Malaysia

“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.

Antara komen nakal netizen,

Syafeq Ishak – Tahun ni disalahkan plak penapis air taun depan modal apa plak nak pusing ? Tiap2 taun ada aja alasan hampa … kita dok cam taruh ja ….

Epul Ekudz –  Kami kebanyakkan pakai penapis air bukan baru bulan lepas. Dah bertahun dah…. Kenapa baru skrg tetibe je bil naik lepas tukar meter…beza banyak pulak tu… Aku harap syarikat penapis air counter back balik statement ni.. Haha

Anep Posi – Muhong tok n tokwan di kampung boleh la..ni org belia muda dok kat kawasan bandar mau gelak saja. Tambah2 yg ada basic dlm bidang electric..nak untung lebih habaq ja la..dok pesalah ke penapis ayaq lak😂

Saiful AKA –  Sy x guna pun penapis air aircond bagai,cuma peti ais yg sama dari dulu tu pun bil melambung giler padahal Mlm je ada umh siang keje xde org kat umh nak salah kan apa pulak tu🤔

Samson Honey S – maknanya hampir semua pengguna TNB mengalami masalah yang sama,,kenaikan pada bil bulan lepas dan bulan ni,,aku mati2 ingt rumah aku je,,siap tukar aircond ingat kan aicond lama punya pasal,,da berhabis lak beli aircond baru,,buang yg lama,,apa yg celaka sangat,,klu semua kena benda yg sama maknanya buat complain pon x guna la,,dia akn cakap brg dalam rumah kita la yg problem,,,

Simba – Nonsense…. Dah pakai mesin penapis air tu bertahun2, kenapa beberapa bulan ni naik 2-3x ganda.. Padahal anak2 di taska & tadika, suami isteri bekerja..

Paji Vios  – betul pelik.. xpernah bil smpi 100..guna mcm biasa,duk main tahap 50 60..tiba2 bulan ni 100..ah pening.. aircond xde..kegunaan sama saja.. adakah virus dah masuk dlm lektrik

Eddy Kurniawan – umah xdak penapis ayaq apa pon aih.. pakai 1 aircond bertaun dh.. jarang dduk umah.. yg xttup peti ais jaa.. selalu paling mhai pon rm40++.. tiba2 mai Rm110.. xdak tertunggak apa pon.. bnykkk noh naik.., 🤣😅😅

Baljit Mcgill – Sblm ni Aku guna juga mesin penapis air…Dalam group taman Aku terkejut bill melambung Naik…sblm ni elok je..dpt bill 2 Kali Ganda…Aku berharap adalah parti pru15 nanti yg menang tukar balik dari tnb kepada lembaga letrik Malaysia…biar lah org ckp Aku x maju…janji boleh jimat mcm zaman LLN

Salah sendiri… Ini 5 sebab bil elektrik mencanak naik tanpa disedari

PENGGUNAAN elektrik sejak negara dilanda pandemik meningkat mendadak memandangkan semua anggota keluarga melakukan aktiviti di rumah.

Bayangkan kipas dan penghawa dingin sentiasa terpasang, anak-anak bermain telefon sambil mengecasnya, selain ada pula asyik menonton televisyen sampai ke malam.

Dalam situasi tidak menentu ini, kita seharusnya berjimat cermat serta memastikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan dipadamkan sepenuhnya agar bil elektrik tidak meningkat.

Bagaimanapun masih ramai melakukan 5 kesalahan ini yang menjadi punca bil elektrik mendadak setiap bulan.

1. Membiarkan lampu menyala

Matikan lampu di dalam bilik atau ruang lain ketika tidak menggunakannya. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan elektrik.

Selain itu, apa kata tukar mentol lampu anda kepada jenis LED yang bukan sahaja tahan lebih lama tetapi kuasanya juga tidak membuatkan bil elektrik anda melambung.

2. Penghawa dingin tidak di selenggara

Salah satu punca utama bil elektrik meningkat adalah penghawa dingin yang tidak diselenggara menyebabkan tapisan udaranya menjadi kotor, tahap kesejukannya berkurangan serta tersumbat.

Apabila keadaan ini dibiarkan, penghawa dingin bukan sahaja tidak dapat berfungsi secara maksimum malah terpaksa bekerja lebih yang menyebabkan penggunaan elektrik bertambah.

Selain selenggara, cara untuk menjimatkan bil elektrik anda adalah dengan memasang penghawa dingin pada suhu di antara 20-24 darjah celcius.

3. Tidak mencabut plug

Jika sebelum ini anda hanya memadam televisyen dan tidak mencabut plug, sila berbuat demikian. Ini kerana aliran elektrik masih mengalir meskipun tidak digunakan.

4. Peralatan elektrik uzur

Menggunakan peralatan elektronik yang sudah lama merupakan salah satu sebab mengapa anda perlu membayar bil elektrik lebih banyak.

Sebenarnya, peralatan lama menggunakan lebih banyak tenaga berbanding model terkini yang direka bentuk dengan ciri penjimatan tenaga.

Peti sejuk yang dibeli berpuluh tahun lalu barangkali masih elok tetapi percayalah itulah punca bil elektrik bertambah.

5. Biarkan dalam mode ‘standby’

Jika anda serius untuk mengurangkan bil elektrik yang melambung tinggi, cabut kabel komputer, televisyen dan alatan lain sekiranya ia tidak digunakan dan bukannya meletakkan ia dalam mode ‘standby’.

Sumber Bharian/Mstar

Be the first to comment on "TNB dedah punca bil letrik pengguna melambung naik tiba-tiba, bukan silap TNB tapi punca sebenarnya memang buat rakyat terkejut besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*