“Alahai Nenek Her0t Ni” Zarina Anjoulie Balas Sindiran Bekas ‘PA’ Aliff Syukri

Pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie menerusi laman Instagram nya menyelar tindakan bekas pembantu peribadi Dato Sri Aliff Syukri, Melati Abd Ghani yang bertindak memerlinya menerusi sebuah hantaran di Instagram sebelum ini.

Tidak Akan Teragak Untuk Sam4n

Difahamkan, Melati telah memerli Zarina setelah pelakon itu akui rujuk semula dengan bekas suami, Eilyas Azhar. Dalam hantaran tersebut, Zarina turut berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Melati sebelum memadam hantaran tersebut tidak lama kemudian.

“Sis,m1sk1n buat cara m1sk1n sis sebab kalau surat sam4n dah sampai kat (dekat) kau sekali lagi muka kau pucat nak n4ngis aku kejekan” tulis Zarina

Dalam pada itu, meninjau ke laman Insta-story Melati dia akui tidak berasa gentar dengan segala kec4man orang lain kerana hanya menggunakan akaun Instagram sendiri untuk memuatnaik sebarang luahan peribadi.

Melati Tidak Gentar 

Malah, Melati turut berkongsi tangkap layar hantaran pengikut Zarina yang memintanya untuk berhenti memerli pelakon itu dan hanya fokus pada perniagaan bergedil yang diusahakannya.Namun bagi Melati,dia tidak takut pada sesiapa dan hanya percaya dan takut pada Allah SWT.

“Dik ko ni macam takde Allah lak (pula). Rezeki dari Allah bukan dari sesiapa dik. Akak takut Allah je” tulis Melati

Pada Selasa lalu, Zarina akui telah kembali bergelar isteri selepas dia mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan perkahwinannya bersama Eilyas pada 17 Julai tahun lalu sudah berakhir. Sebelum itu, Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercer4i pada Disember 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Zarina Anjoulie dan Yas rujvk semula, mahu perb4iki diri dari segi agama

TIDAK sampai sebulan pendedahan percer41an Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensasi itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

Mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina, Zarina berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.

Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.

“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.

 

Zarina dan Yas bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber: murai/ mStar

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Alahai Nenek Her0t Ni” Zarina Anjoulie Balas Sindiran Bekas ‘PA’ Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*