Siapa bakal kawin dulu? Neelofa-Puriz ke Nabila-Engku Emran?

Tiada angin tiada ribut, timbul gosip di Cari Forum terkait kakak kepada seorang selebriti terkenal iaitu Noor Nabila dengan bekas suami Laudya Cynthia Bella iaituEngku Emran pula.

Tular foto di Cari Forum dimana netizen mendakwa Engku Emran berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi.

Malah, tajuk forum itu juga mendakwa Nabila sudah bertunang dengan Engku Emran dan tertanya-tanya siapakah yang akan berkahwin dahulu, adakah Nabila atau adiknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan tersebut. Namun netizen mengatakan mungkin Engku Emran hadir ke rumah Nabila sekadar jemputan sahaja.

Terdahulu, Nabila sah bercerai dengan Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Manakala, rumah tangga Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella hanya mampu bertahan dua tahun selepas mengesahkan sudah bercerai pada Julai tahun lalu.

Be the first to comment on "Siapa bakal kawin dulu? Neelofa-Puriz ke Nabila-Engku Emran?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*