Comel! Aiman Hakim, Zahirah MacWilson baru dedah wajah dan nama anak selepas dua bulan dilahirkan

GENAP mencecah usia dua bulan, pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan isteri, Zahirah MacWilson akhirnya berkongsikan nama dan wajah permata hati mereka buat tatapan umum.

Kedua-dua pelakon itu berkongsikan nama anak mereka, Isaac Raees serta foto eksklusif bayi itu ini di laman Instagram masing-masing pada Jumaat.

“Genap dua bulan usiamu anakku, Isaac Raees, daddy dan mummy akan sentiasa menyayangimu.

“Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey,” kata Aiman.

Zahirah, 26, turut menitipkan kata-kata ucapan untuk anaknya itu yang mana dia mengharapkan Isaac akan membesar menjadi insan yang sihat, kuat serta baik hati.

Serentak dengan itu juga, Aiman, 32, dan Zahirah turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan setakat ini ia telah mengumpul lebih 6,000 pengikut.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aiman mengumumkan Zahirah selamat melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

Zahirah MacWilson, Aiman timang anak lelaki, teruja lalui pengalaman di bilik bersalin – “Ini hadiah terbaik yang pernah kami terima”

HAMPIR setahun berumah tangga, pasangan selebriti popular Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza kini menimang anak sulung mereka pada petang Selasa lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Zahirah dan Aiman menerusi Instagram mereka pada Jumaat dengan memaklumkan dia sudah selamat melahirkan bayi lelaki dan kini berada dalam keadaan baik.

“Ini adalah hadiah terbaik yang pernah kami terima.

“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak sulung kami, bayi lelaki selamat dilahirkan pada pukul 2.26 petang.

“Kami sangat teruja melalui pengalaman dalam bilik bersalin sekali gus bergelar ibu dan bapa.

“Perjalanan ini merupakan antara nikmat yang paling bermakna dan kami sangat teruja untuk melalui setiap momen-momen istimewa bersama si kecil, syukur Alhamdulillah,” kata pasangan itu

Aiman dan Zahirah bagaimanapun masih belum mendedahkan nama serta berkongsi gambar penuh putera sulung mereka buat tatapan umum.

Pada 23 Oktober lalu, Zahirah mengambil keputusan untuk balik ke kampung halamannya di Perth, bagi melahirkan cahaya mata pertama di sisi ibu dan adik-beradiknya yang menetap di sana.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*