Ustazah Asma’ terkesan kes isteri ditemb4k suami, ini sebabnya buat Ustazah betul2 sedih

Kes pembunuhhan kej4m seorang isteri yang dipercayai ditemb4k suaminya ketika dalam tidur yang tular semalam sememangnya membuatkan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia terkejut.

Menerusi laporan dari Polis Johor, suspek telah menemb4k isterinya yang sedang tidur menggunakan senapang angin sebelum membungkus dengan cadar dan menyumbatnya ke dalam tong air sebelum ditanam hampir dua meter di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Ustazah Asma’ terkesan

Sehubungan dengan itu, wajah suspek dan mangsa telah bertebaran di media sosial sehingga beberapa pihak meluahkan rasa simpati terhadap mangsa yang dibunuvh tanpa perikemanusiaan oleh insan paling rapat dengannya.

Dalam penulisan yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, beliau telah menzahirkan salam takziah buat keluarga mangsa dan mendoakan agar mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

SEMOGA HUSNUL KHATIMAH DAN BEROLEH JANNAH 🤲

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali” 😭

Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kema.tian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil. Wajah dan suara keibuannya sungguh menyayat hati. Hanya Allah yang tahu hakikat ujian yang dilalui ar.wah, beliau begitu menjaga rahsia dan aib, tidak dikongsikan di media.

SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya 😭.

Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT. Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..😥

SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah :

1. 1 Mac 2021 – posting last arwah tentang solat.

2. 24 Feb 2021 – Arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya.

3. 23 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar

4. 19 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11

5. 18 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga

6. 14 Feb 2021 – Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin.

6. 10 Feb 2021 – Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.

Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang.. 😢” dan meminta si anak sama-sama ikut.. 😭

Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..😢

Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat Arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu umpama Taman SyurgaNya, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu.. 🤲 😢

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatanya”

آمين يارب العالمين

Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga Arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat 🤲

Selesai menuliskan dengan air mata jam 2.30pg

Asma’ binti Harun

Baru meraikan hari ulang tahun anak bulan lepas

Beliau terdetik untuk menulis perihal tersebut kerana beberapa muat naik di Facebook mangsa ada berkongsi tentang ceramah yang dilakukan atas talian oleh Ustazah Asma’.

Beliau mengakui sangat terkesan dengan berita itu kerana melihat posting terakhir alahyarham yang meraikan ulang tahun kelahiran anaknya pada 10 Februari 2021 yang lalu.

Diakhir penulisan pendakwah wanita itu, beliau berhajat dapat bertemu dengan anak-anak serta keluarga mangsa dalam masa terdekat kerana begitu tersentuh melihat kanak-kanak tersebut tidak lagi mengerti sudah kehilangan ibu tersayang ditangan bapanya sendiri.

Ramai yang rasa sedih

Dikesempatan itu, warganet juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian seorang isteri yang dibunuh dengan kejam oleh suami di ruangan komen Facebook Ustazah Asma’.

Mereka mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak-anak yang ditinggalkan reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T

Arwah seorang rakan yang baik

Semoga ustazah dapat jumpa keluarga mangsa

Sumber: Ustazah Asma’Harun

Be the first to comment on "Ustazah Asma’ terkesan kes isteri ditemb4k suami, ini sebabnya buat Ustazah betul2 sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*