Ibu mertua kongsi gambar Hannah Delisha dan Imam Shah nikah tapi sayang terkantoi rupanya ade sesuatu dgn tarikh nikah, siap ada bukti

SELEPAS kontroversi kononnya perkahwinan Hannah Delisha tidak direstui ibu kandung, timbul pula cerita lain yang lebih mengejutkan apabila pelakon itu didakwa sudah berumahtangga dengan Imam Shah lebih setahun lalu.

Spekulasi terbaharu itu muncul gara-gara ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati berkongsi beberapa gambar majlis perkahwinan anak dan menantunya di Facebook termasuk salah satunya merupakan foto yang turut dihadiri pelakon dan model Eleena Sui.

Menerusi foto berkenaan, Eleena yang dilihat memakai busana berwarna biru duduk diapit antara Hannah dan suaminya, Imam Shah di atas pelamin.

Memeranjatkan hasil carian mStar di Instagram mendapati pada 19 Februari 2020 Eleena pernah berkongsi gambarnya dalam persalinan yang sama dan kelihatan seolah-olah duduk di kerusi pelamin mirip majlis pernikahan Hannah.

Menerusi gambar berkenaan Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya sejak awal Februari lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama iaitu pada bulan ketika Hannah dan Imam Shah berkongsi foto pada 18 Februari dengan penampilan berpakaian nikah.

Justeru timbul tanda tanya bilakah tarikh sebenar Hannah dan Imam disatukan sebagai pasangan suami isteri?

Sementara itu dalam perkongsian yang sama, Mariana berkata dia sentiasa mendoakan agar perkahwinan Hannah dan anaknya kekal hingga ke syurga.

“Syurgamu merestuimu, anakku. Subhanallah. Allah menentukan segalanya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga.

“Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-Alim. Ingat itu Imam dan Hannah, teruskan bersabar.

“Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya menerusi Instagram pada Selasa.

Pada Isnin nama pelakon Hannah Delisha kembali menjadi bualan ramai selepas didakwa tidak mendapat restu ibunya apabila Noor Ashikin memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu.

Foto Eleena Sui bergambar di pelamin yang sama semasa pernikahan Hannah pada 19 Februari tahun lalu menimbulkan tanda tanya.

Lebih mengejutkan, setiap hantaran di laman Instagram sejak 23 Februari lalu turut disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu.

Gara-gara tanda pagar itu, netizen membuat spekulasi dan mendakwa perkahwinan Hannah dan suami tidak mendapat restu Noor Ashikin.

“Ibu tidak restu… fitn4h dan tohmah silih berganti” – Puisi ibu undang tanda tanya perkahwinan Hannah Delisha dan Imam Shah

BELUM sampai sebulan mendirikan rumah tangga, tiba-tiba angin duka berbisik membawa khabar kurang baik kisah dari seberang tambak.

“Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan,” itulah antara kata-kata ringkas daripada pemanggil misteri yang mendedahkan perkahwinan pelakon dari Singapura, Hannah Delisha, 25, dan Imam Shah, 32, kononnya tidak direstui ibu aktres itu.

Menguatkan lagi keadaan apabila pihak mStar berjaya menemui laman sosial ibu wanita berkenaan iaitu Noor Ashikin Ahmad dan mendapati kata-kata puitis berbentuk luahan perasaan memenuhi ruang.

Lebih menguatkan lagi teka-teki ini apabila terdapat tanda pagar #IbuTidakRestu pada pengakhiran bait-bait kata ditulisnya itu yang membangkitkan persoalan hubungan dua beranak berkenaan.

Menerusi catatanya itu, Noor Ashikin seolah-olah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan itu dan keputusan mereka mendirikan rumah tangga dibuat tanpa pengetahuan si ibu.

Melalui perkongsian tersebut juga, Noor Ashikin yang turut menggelarkan dirinya Kakcik Wujud menceritakan situasi kehidupan ranjau dan duri yang ditempuh bersama anaknya sejak kecil hingga kini.

Menerusi tulisan itu dia menulis mengenai sebuah perkahwinan seorang wanita dengan mualaf yang berkakhir dengan perpisahan ketika si anak masih kecil.

Akibat kejadian itu, si ibu sanggup berbanting tulang dan berkorban apa saja demi membesarkan si anak.

Namun ketika si anak sudah dewasa dan mula bercinta seterusnya berumah tangga, si ibu terpaksa membawa diri dengan segala tohmahan bersilih ganti.

Beginilah catatannya:

“Sang ibu pernah bernikah dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya, jauh di hujung benua.

“Jodoh tiada berkekalan, bercerai mereka tidak lama kemudian.

“Sang anak yang masih kecil, dibesarkan oleh ibunya.

“Termampu daya, semampu karya-Sang ibu cuba berusaha.

“Tidak mudah, tidak sempurna-segala yang ada sang ibu mencuba.

“Peras keringat, berbanting tulang, sang ibu berkorban apa sahaja.

“Apabila dewasa Sang anak bercinta.

“Cinta yang datang dengan al kisahnya.

“Terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu.

“Sang ibu membawa diri, fitnah dan tohmah silih berganti.

“Salah siapa bukan inti, salah sendiri menjadi paksi. Allah sentiasa menyaksi.

“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media,” antara bait-bait penulisannya di Facebook.

Malah, Noor Ashikin turut menggunakan tanda pagar #ibutidakrestu yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan tersebut.

Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura pada era-80an pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England iaitu bapa kepada Hannah.

Dia dikenali sebagai Kakcik Wujud kerana menjadi ahli kru Wujud, dalam menerbitkan video realiti seram di Singapura.

Noor Ashikin juga turut merakamkan lagu di negaranya iaitu Kerana Mulut, Tiada Lagi Ucapan Sayang dan Sinar Di Mata Mu.

Bagaimanapun, dia yang dihubungi mStar pada Isnin enggan mengulas mengenai luahannya itu dan hanya meminta pihak media merujuk laman sosial miliknya jika mahukan penjelasan tentang hal berkenaan.

“Ya saya ibu kandungnya, dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tidak mahu komen tentang itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya,” ujarnya ringkas.

Manakala usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dari Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch gagal apabila pengurus kepada aktres itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch melangsungkan pernikahan bersama seorang pelakon dan model senegara, Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib di Singapura pada 18 Februari lalu.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Ibu mertua kongsi gambar Hannah Delisha dan Imam Shah nikah tapi sayang terkantoi rupanya ade sesuatu dgn tarikh nikah, siap ada bukti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*