Ramona Zamzam Dedahkan Suami Pernah Nak Hubungan ‘Kelamin’ Tapi Dia Terpaksa Tolak. Ramona Beritahu Sebab Kenapa

Kelambu dingin, topik panas yang dibincangkan dalam rancangan bual bicara Borak Kelamin pada Isnin lalu.

Bagi yang terlepas, Borak Kelamin episod kedua mengupas perihal kedinginan pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan seksssual disebabkan beberapa faktor.

Pelakon cantik Ramona Zamzam bercerita mengenai situasi yang pernah dilalui selepas berpantang yang disifatkannya sebagai masalah kelambu dingin.

"Tipulah Kata Dia Tak Nak" - Ramona Zamzam Dedah Takut Sakit Lakukan Hubungan Seks Dengan Suami Selepas Bersalin

“Seingat saya situasi kelambu dingin pernah jadi kepada saya selepas beranak, terutamanya pada tahun pertama.

“Yang saya perasan selepas berpantang, saya takut dan fobia untuk bersama suami.

“Ya, saya ikut betul-betul cara berpantang 100 hari seperti yang kebanyakan orang amalkan, selepas itu saya rasa terjadinya kelambu dingin.

“Bukan tak mahu bersama suami, tetapi saya takut sakit, mungkin kerana saya bersalin normal. Untuk mengadakan hubungan intim itu menakutkan,” katanya.

Bagaimanapun, suami Ramona, Rami Alashkar tidak memaksa malah memahami situasi yang dilalui isterinya itu.

“Tipulah kata dia tak nak, tapi dia memahami. Dia sangat gentle dan itu membuatkan saya lebih relaks, kemudiannya kami berkomunikasi,” tambahnya yang mengakui keinginan untuk bersama suami lebih bertambah selepas bersalin anak sulung.

Sementara itu, Pengasas Bijak Emosi dan Kaunselor Keluarga, Ahmad Fadzli Abd Aziz berkata, masalah hubungan seks dingin antara pasangan suami isteri didorong oleh beberapa faktor.

Antaranya masalah kesihatan yang terdiri daripada isu fizikal dan mental terutamanya depresi serta pengambilan ubat-ubatan.

Selain itu, faktor social culture sekeliling, tekanan tempat kerja, stres berlebihan dan gaya hidup kurang sihat menyebabkan penurunan libido seseorang.

Borak Kelamin dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari yang mengupas isu berkaitan rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincang secara terbuka.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang tips dan informasi isu tersebut, jangan lupa tonton Borak Kelamin di Astro Ria setiap Isnin pukul 9 malam.

Bagi yang terlepas boleh menonton Borak Kelamin di Astro GO dan On Demand.

Siapa Ramona Zamzam

Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam (lahir 25 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2006 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006.

Not Getting Into Dewi Remaja Is Not The End Of The World," Ramona ZamZam Disalahkan Gara-Gara Anak Tak Terpilih - REMAJA

Ramona, berdarah peranakan Melayu, Pakist4n, Jerm4n dan Thailand dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ketika berusia 4 tahun, Ramona pernah bersekolah di sekolah Cina. Ramona berkelulusan dalam bidang perniagaan di Kolej SEGI (kini Universiti SEGi).

Pada tahun 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. 4 tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi lakonan Rosyam Nor, Liyana Jasmay dan Erra Fazira.

Pada tahun 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima. Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.

Ramona memegang watak sebagai Nadia, salah seorang ahli kumpulan perom.p4k Geng Anarkis dalam filem aksi je.na.yah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*