Tahniah! Akhirnya Isa Khan & Risteena Munim selamat bernikah, memang cantik sangat pasangan pengantin

Selepas majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Novemer 2020 terpaksa ditangguhkan kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berlangsung, akhirnya Risteena Munim dan Isa Khan selamat disatukan.

Pasangan pelakon, Risteena Munim atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas, 33 telah selamat bergelar isteri kepada penyanyi dan pelakon, Isa Khan, 29 sebentar tadi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis yang serba ringkas itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan dijalankan mengikut protokol kesihatan seperti yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Risteena juga sempat berkongsi video semasa majlis pernikahnya di Instagram untuk tatapan semua. Rata-rata meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan mereka.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa anggota keluarga hadir dalam majlis serba ringkas termasuklah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies.

 

Semoga iktan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

(FOTO) Sekitar Majlis Malam Berinai Risteena & Isa Khan Bertemakan Bollywood

Setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan, pasangan sama cantik sama padan, Risteena Munim dan Isa Khan akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Sering berkongsi momen romantik bersama, peminat pasti tidak sabar melihat kemeriahan majlis pernikahan pasangan ini.

 

 

 

Di Instagram, Ruhainies menerusi jurugambar rasmi Budak Tadika telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis berinai kakaknya itu. Bertemakan Bollywood, seluruh ahli keluarganya dilihat berseri-seri dalam persalinan sari berwarna merah.

Risteena Takut Buat Swab Test Sampai Terketar-Ketar

Bakal melangsungkan penikahan dengan kekasih hati, Isa Khan pada Jumaat ini, pelakon Risteena Munim dilihat ada memuat naik video menjalani ujian saringan Co.vid-19 sebelum mengadakan majlis.

Namun, video dikongsikan oleh pelakon itu menjadi perhatian ramai apabila melihat reaksi Risteena seolah dilihat menahan sakit apabila hidungnya dicucuk.

Menerusi entri itu, Risteena berkata dia sangat takut sehingga terketa-ketar apabila mendapat tahu perlu melakukan swab test sebelum majlis pernikahan.

Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kawen kan, I did it!” tulisnya.

Bagaimanapun, selepas melakukan ujian tersebut Risteena akui tidaklah begitu sakit dan meluahkan rasa syukur disahkan negatif vi.rus berkenaan.

Terdahulu, Risteena dan Isa Khan mengumumkan bakal bernikah Jumaat ini. Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Sumber: Nur Risteena

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*