Persembahan Nabila Razali di AJL 35 jadi bualan ramai

Rasanya ramai mengetahui bahawa penyanyi , Nabila Razali merupakan antara penyanyi yang mempersembahkan lagunya di Anugerah Juara Lagu 35 pada malam ini.

Menjadi persembahan ke 8 bagi Anugerah Juara Lagu (AJL 35), Nabila Razali membuat persembahan lagunya yang berjudul Peluang Kedua iaitu hasil komposer daripada Hael Husaini manakala lirik pula daripada MFMF.

Umum diketahui, lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali ini antara lagu yang cukup popular pada tahun lalu dan menjadi bualan ramai dengan lirik lagunya. Tidak kurang juga dengan pelbagai isu. Walau bagaimanapun, ternyata penyanyi terkenal ini tidak mengecewakan peminatnya.

Anugerah Juara Lagu 35 ini berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mana seperti diketahui juga diadakan tanpa penonton.

Perkongsian yang dilakukan diruangan Instagram T`V3 Malaysia itu bagaimanapun turut menerima pujian warganet yang mengakui persembahan Nabila Razali best dan kelihatan ada usaha.

Sedikit sedutan persembahan nabila.

Antara komen netizen

fzrsln4._ – Tak pe lah.. Terkucil, kene faham lah nabila tgh sakit

aemirrr_ – @pxgbxy kalau ikutkan dia kena berehat lama gile, so skrg patutnya xleh nyanyi lagi, paham2 ah

pasrah gila, dia nangis weh last uh😢

rarakamis – apa pun orang cakap pasal awak, awak persetankan aje…. saya dah cukup kagum sebab awak dah berani jejakkan kaki kat atas stage besar macam ni. Im proud of youuu. btw cantik bethol wak malam ni

fydaaaa___ – Love u nabila 👏 tak apa awak dah buat Yang terbaikkkkk ❤️❤️❤️❤️

Jangan pandang rendah Nabila Razali – Azmeer

Salah seorang juri profesional Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung malam ini, Azmeer memaklumkan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki mempunyai peluang cerah untuk menduduki tiga tangga teratas lagu terbaik.

Kata Azmeer atau nama lengkapnya, Mohd. Azhar Abu Bakar ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi, selain lagu dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki itu, terdapat enam buah lagu lain yang turut mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

“Sudah ada markah pra-penjurian untuk ke semua 12 lagu bertanding. Saya tidak boleh dedahkan berapa markahnya namun peratusan markah pra-penjurian agak besar.

Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki dikatakan mempunyai peluang cerah untuk diangkat sebagai juara keseluruhan AJL35.

“Ada sesetengah pihak yang meramalkan lagu Gila berpeluang besar untuk bergelar juara. Sebagai juri profesional, saya tidak menafikan perkara itu namun perlu diingatkan, persembahan ke semua finalis malam nanti juga penting,” kata Azmeer.

Komersil Peluang Kedua

Mengulas lebih lanjut tentang kualiti lagu Gila, Azmeer berkata, lagu bernuansa tradisional kontemporari hip hop itu merupakan satu karya yang unik.

“Gila menggabungkan lagu elemen moden dan tradisional. Ada langgam (patah lagu) Melayu yang kuat.

“Dari segi lirik, lagu tersebut merupakan satu karya yang mudah connect (berhubung) dengan kebanyakan realiti kita semua iaitu pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Azmeer turut tidak menolak kemungkinan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF mampu membuat kejutan malam nanti.

“Jangan pandang rendah kebolehan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Nyanyiannya mengingatkan saya kepada penyanyi lama seperti Allahyarham Rafeah Buang.

“Kita tidak boleh menafikan pencapaian lagu Peluang Kedua dari sudut komersil dan populariti.

“Walaupun Nabila bukan penyanyi bervokal hebat seperti Jaclyn Victor namun dia mempunyai keikhlasan dan penghayatan emosi tersendiri ketika menyanyi. Sejujurnya, saya tak sabar nak tengok dia nyanyi malam ini sebab masa separuh akhir, dia tak dapat nyanyi sendiri lagunya,” katanya.

LAGU Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali mempunyai kelebihan dari segi pencapaian dan pengaruh komersil sepanjang tahun.

Azmeer yang merupakan Profesor Madya dan Ketua Jabatan Fakulti Industri Kreatif & Seni Persembahan City University Malaysia menasihatkan semua juri yang diberi mandat untuk memberi markah penjurian melakukan tugas seadil mungkin.

Jangan pancung markah

Katanya, juri perlu beri markah ikut rubrik permarkahan dengan seadil-adilnya.

“Jangan pancung markah melodi lagu kalau ada kesilapan dari lirik misalnya. Kalau kurang markah dekat rubrik lirik, sila pancung markah lirik bukan markah melodi,” jelasnya.

Bagi kategori Vokal Terbaik, Azmeer meramalkan persaingan sengit daripada beberapa penyanyi seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Datuk Jamal Abdillah, Amir Masdi dan Azlan Typewriter.

12 lagu bakal berentap malam ini iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Gundah (Ernie Zakri), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).

Selain Azmeer, AJL35 akan diadili oleh sembilan juri profesional lain iaitu Datuk Mokhzani (Ketua Juri), Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

AJL35 sepatutnya dijadualkan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari lalu namun ditunda pada malam ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19

Sumber Kosmo/Olahan RJ

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Persembahan Nabila Razali di AJL 35 jadi bualan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*