“Buta mata, celik hati..” – Jurumekap kongsi hari bahagia pengantin ‘istimewa’

Sudah menjadi kebiasaan bagi jurumekap untuk membuat perbandingan, antara sebelum dan selepas melakukan solekan pada wajah seseorang sehingga meraih pujian ramai.
Tidak terkecuali bagi jurumekap yang dikenali sebagai Cikna ini apabila memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok selepas membuat transformasi pada wajah pengantin baru yang mempunyai masalah penglihatan.

“Dapat mekap pengantin istimewa ni, manis je dia. Suaminya istimewa juga buta mata, tapi hati tak buta tau,” kongsi Cikna pada kapsyen video tersebut.

Posting berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen dengan memuji kecantikan wajah pengantin yang kelihatan lebih berseri dan manis dalam persalinan berwarna kelabu itu.

Bagaimanapun, Cikna tersentuh hati apabila kakak kepada pengantin yang mesra dipanggil Lin turut meninggalkan komen bercerita mengenai kesungguhan si adik dalam menjalani kehidupan seharian.

Menurut si kakak, dia bersyukur melihat adiknya yang mengalami masalah ‘glaucoma’ itu akhirnya mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun.

Adik betul2 kuat semangat

Menerusi posting berbeza, jurumekap yang menetap di Terengganu itu turut berkongsi sebuah lagi video menyaksikan pengantin disatukan sebagai suami isteri di atas pelamin.

“Sama cantik, sama padan”

Tahniah! Selamat pengantin baru. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, setiap individu perlu belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing.

Sumber: TikTok @nachik_cikna

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*