Kementerian Dedahkan Negeri Paling Kurang Daftar Vaksin! Eh, Bakpo Gitu?

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendedahkan kebanyakan penduduk di Pantai Timur kurang mendaftar vaksin.

Malah, negeri di Pantai Timur mencatatkan peratusan pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang terendah di Semenanjung Malaysia.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim, berdasarkan rekod sehingga semalam, Kelantan mencatatkan jumlah pendaftaran terendah iaitu hanya 11.8 peratus penduduk yang mendaftar melalui melalui aplikasi MySejahtera.

Negeri Pantai Timur Paling Kurang Daftar Vaksin! Eh, Bakpo Gitu?

“Terengganu dan Pahang pula masing-masing hanya sebanyak 16.3 peratus dan 17.1 peratus penduduk yang mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19,” katanya.

Jelasnya, dia agak khuatir kerana pendaftaran vaksin ini agak rendah di Pantai Timur, berbanding di wilayah seperti Putrajaya yang mencatatkan jumlah pendaftaran 70 peratus.

“Sehingga semalam, seramai 5.53 juta atau 22.8 peratus rakyat Malaysia telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Saya meminta agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri terutama di Pantai Timur menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam membantu penduduk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin,” katanya.

KJ Tunai Janji, Menteri Pertama Menerima Suntikan Vaksin Dari China

KJ Tunai Janji, Menteri Pertama Menerima Suntikan Vaksin Dari China

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, menunaikan janji apabila menjadi penerima pertama suntikan vaksin jenis Sinovac, dari China.

Malaysia akan menggunakan vaksin tersebut bermula Khamis ini, dan Khairy akan menerima suntikan pertama Sinovac di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Putrajaya pada Isnin.

“Kita akan mula vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac di Hospital Rembau dan sayalah orang pertama akan guna vaksin itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Terdahulu, Khairy menawarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin, selain Pfizer bagi mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap setiap keberkesanan pelalian yang diluluskan.

Ini kerana wujud tanggapan sinis masyarakat bahawa orang kenamaan dan barisan hadapan kononnya mengambil vaksin yang baik iaitu Pfizer.

Beliau berkata, tanggapan sinis sedemikian wujud sejak beberapa bekalan vaksin pertama dari Amerika Syarikat (AS) itu tiba di Malaysia.

Mengenai perolehan vaksin satu dos daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) dari Amerika Syarikat, Khairy berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memutuskan untuk tidak meneruskan perolehan vaksin itu.

“Mengenai J&J, kami memutuskan untuk tidak meneruskannya pada masa ini kerana jadual penghantarannya yang tidak memuaskan hari kerajaan Malaysia. Mereka perlu kembali dengan jumlah yang lebih banyak dan jadual penghantaran yang lebih pantas,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang turut sama dalam sidang media itu berkata, suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan mulai Rabu ini.
Malaysia memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 24 Februari lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi tiga vaksin Covid-19 untuk kegunaan semasa bencana iaitu, Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection’; ‘CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac’; dan ‘Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection’.

Sumber Gempak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*