Seorang Netizen Berani Tegur Posting Permaisuri Agong, Ini Reaksi Bersahaja Permaisuri Agong

Kepada anda yang mengikuti perkembangan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Instagram pasti mengetahui baginda gemar memasak.

Terbaharu, beliau telah berkongsi satu resipi iaitu otak-otak Siam yang telah diolah namanya kepada otak-otak Johor.

Menurut baginda, ia adalah makanan yang dimakan sejak baginda kecil lagi dan ia bukanlah botok-botok malah makanan berkenaan adalah resipi dari Istana Johor.

we call this Otak-otak Siam but i ve renamed it “Otak-Otak Johor” …… food i grew up eating … this is not botok-botok, a Johor Istana recipe ! INI BUKAN BOTOK BOTOK ….

bagi saya otak2 lebih sedap dari botok2 ….. sy guna kan daun betek, daun mengkudu, daun semangkok, daun ulam raja, daun kesom , daun selasih, daun kemangi, daun sekentot, daun pudding, daun teh , pucuk gajus, daun bebuas, bayam brazil, daun kaduk, pucuk ubi,daun selom , daun pegaga, pucuk ara etc etc etc…..

dan daun pisang utk bungkus ok …. daun pisang tak makan …. boleh letak apa2 je ulam yg anda suka …. di mayang kasar2 ok ! makanan saya dlm pantang!

Jom layan gambar botok-botok

 

 

 

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menegur bahawa permaisuri banyak melakukan kesalahan ejaan, namun beliau memahami perkara yang ingin disampaikan oleh baginda.

Menyedari kesilapan berkenaan, permaisuri agong segera menukar setiap kesalahan ejaan tersebut dan ini reaksinya membalas individu terbabit.

Lagi satu typo

“Dah edit.. ibu jari besar, keyboard nya kecil,” tulisnya

Antara komen lain netizen:

taim.shahfan – ouh dulu saya selalu buat ngan mak saya lepas tu sekarang dh jarang buat.bila tengok tuanku hantar tu nk buat la jap g ☺️,ampun tuanku??

t.aaimshah – Wah terliur tengok tuanku masak ?? ampun tuanku?

haziahhaniff1453 – Sedapnye tuanku dah lama xmkn semenjak arwah mak sakit??

hanamarzuki – This is the otak2 i grew up with. The only type of otak2 i like

najibrazak_supporters – (Admin) dekat tempat saya, makanan ni dipanggil “brain-brain” Tuanku. Advance sedikitlah bunyinya. ???

zaleha.olpin – Tuanku, sedap ni!!! One of my family favourites and its only best to home made them. Beli kat kedai macam tak best sokmo.??

iamshazreen – Botok botok is the legend Johor’s recipe! ?

Apa-apa pun, semua makanan yang dimasak oleh permaisuri nampak sedap belaka, malah baginda berbesar hati berkongsi resipi bersama rakyat.

Semoga permaisuri sekeluarga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan baik..

Sumber foto: Instagram Air Tangan Tunku Azizah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*