Wanita Ini Tiba Tiba Terjun Dari Teksi Bergerak (Video)

PETALING JAYA- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di laman media sosial yang memaparkan seorang wanita t3rjun daripada teksi yang sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita Cina dan sedang menjalankan siasatan kes.

“Bahagian Siasatan Jen4yah Ibu Pejabat Polis Brickfields sedang siasat tetapi kami tidak boleh dedahkan lagi sebab ia sedang masih dalam siasatan.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, video berdurasi seminit itu tular di laman media sosial apabila seorang wanita merupakan penumpang teksi bertindak ter.jun daripada kenderaan terbabit.

Kejadian itu yang dipercayai berlaku di hadapan Dataran Maybank, Bangsar turut memaparkan wanita tersebut bertindak menaiki kereta lain yang berada di belakang teksi.

Dalam video itu, turut menunjukkan pemandu teksi ada berbual bersama pemandu kereta sebelum kedua-dua berlalu pergi.

Video:

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*