Pelikk masa brcinta kemain seronok buat mksiat. Bila dah halal, tak mau disentohnya pula. Buat istri mcm kain burok.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.

Aku berumur awal 30 an dan sudah berkahwin. Kisah aku sebelum kahwin sama seperti confession sebelum ini, mengenai gadis yang kehilangan maruah sebelum berkahwin.

Gadis yang pada mata kasarnya bukan lah perempuan soc1al, bukanlah perempuan s3ksi, bukan lah perempuan yang bergaul bebas dengan lelaki. Cuma masalah nya, mempunyai bf.

Zaman sekolah aku langsung tak terdedah dengan cinta kerana dihalang oleh family aku untuk bercinta sama sekali.

Dari zaman sekolah bukanlah kebiasaan aku untuk bercampur bertepuk tampar dengan lelaki.

Tapi segalanya berubah dialam universiti. Jauh dari keluarga. Hmm. Pertamanya, bercinta.

Terlalu sekejap kemudian bersetuju naik motor dengan bf aku. Masa first time naik motor dengan lelaki tu aku dah rasa cukup berd0sa.

Bayangkan betapa aku tak pernah terdedah dengan perkara sebegitu. Kemudian berdating naik kereta.

Ya seperti orang lain. Perkara paling memudaratkan bermula apabila berduaan dalam kereta. Tak perlulah aku cerita panjang kejadian nya.

Tapi sewaktu itu aku sangat benci dengan perkara itu. Aku benci dengan diri sendiri yang kotor.

Tapi yang b0dohnya, aku tak pernah menolak bila bf menyentohku dan melakukan mksiat. Kami bukan tahap checkiin setiap kali berjumpa. Cukup didalam kereta.

Sewaktu itu, bukan aku yang akan meminta tapi bf ku yang sentiasa memulakan dan aku sentiasa merelakan! Bdohnya perempuan ni kan. Dia tahu salah tapi dia tak cakap NO!

Perkara ini berlarutan sepanjang kami study, hidup dengan mksiat. Bukan aku tak cuba nak stop, solat taubat, tapi tak dapat kerjasama dari bf.

Dia sentiasa mahukan nya. Bayangkan masa tu memang dia kata dia bernfsu tengok aku. Bende h4ram kan.

Masuk alam pekerjaan, perbuatan terkutok itu semakin berkurangan kerana kami berjauhan tetapi tetap dilakukan melalui v1deo call.

Lama kelamaan, aku mahu move on. Aku mahu berubah tinggalkan hubungan sia sia ini.

Aku solat taubat, solat istikharah, aku pernah berniat nak discuss dengan bf untuk akhirkan hubungan.

Aku masih ingat, pada hari itu, belum sempat aku berbicara, dia menyatakan hajat dulu tentang fasa hubungan kami. Mahu hantar keluarga nya untuk masuk meminang.

Jadi aku kira masa tu mungkin itu petunjuk Allah membuka jalan kami ke arah hubungan yang halal.

Setelah bertahun tahun tahun bercinta, kami bernikah. Ya disini cabaran aku bermula wahai pembaca sekalian.

Aku sememangnya bersyukur kerana aku berjaya menghalalkan hubungan kami dari berterusan melakukan d0sa.

Dengan lelaki yang pertama menyentuhku, melakukan mksiat terhadapku dan pernah terlanjur (bukan rutin to having sek setiap kali berdating dulu but still d0sa besar buat mksiat).

Bayangkan sepanjang tempoh percintaan bf ku yang kini suami ku pantang tengok aku bernfsu kata nya, tapi bila dah kahwin, aku jarang disentoh suamiku! Sedangkan masa tu baru berkahwin tak sampai 3 bulan aku dah jarang disentoh.

Kalau nak bersama pun aku yang kena minta itupun dapat la sebulan sekali. Sekarang dah 3 4 tahun ni lagi lah payah nak bersama.

Allah.. ini lah dugaan aku. Kami tersangat sangat jarang mengadakan hubungan suami isteri. Pernah sampai 7 bulan dia tak sentuh aku. Dah penat aku suarakan isu ini.

Pelikk bukan. Masa bercinta kemain seronok buat mksiat. Bila dah halal, tak mahu disentohnya pula.

Buat bini macam kain buruk. Tipu lah aku tak rasa terh1na. Aku minta pun dia tak mahu. Alasannya penat, penat bekerja.

Bila aku persoalkan zaman bercinta, dia kata zaman bercinta takda komitmen, takde apa nak fikir.

Sekarang dah kerja penat fikir duit, fikir anak, fikir masalah rumah dan macam2. Tapi bagi aku itu semua alasan.

Hati aku kuat mengatakan dia takda nfsu lagi pada aku. Kata orang, aku ni dah luak kena sentoh.

Apa yang aku boleh kata, suami aku ni sayang dekat aku, yela kami sama sama first love, agak serasi, dia memang tak berkira dengan aku.

Oh ya tapi suami aku ni boleh tahan banyak kali kantoi macam ada sc4ndal. Tapi tak pernah kantoi terang terang.

Entah lah dia ni memang pandai menipuu dan aku tak pernah ada bukti yang kukuh. Bukti semuanya sipi sipi yang berjaya di’spin’ oleh dia.

Sebab tu aku masih bertahan walaupun aku selalu fikir dia ni jenis cari keseronokan luar.

Dah kalau tak sentoh bini, mesti lah makan luar kan. Mungkin dah terbiasa dengan bende h4ram. Wallahualam.

Jadi nasihat aku pada semua wanita diluar sana, adik adik yang pada mata kasarnya kita ni solat cukup, tahu halal h4ram tapi tetap melakukan d0sa mksiat kerana tewas dengan lelaki, berhentilah lakukan mksiat.Bertaubat lah. Sangat lah sia sia.

Mungkin bagi kisah aku, lelaki yang merampas mahk0ta aku tetap bertanggungjawab terhadap aku tetapi tengok lah ujian perkahwinan kami.

Jaga lah m4ruah kita. Please la jangan terjebak. Elakkan lah. Lawan lah! Sebab lelaki ni akan bosan bila bende dia dah dapat.

Sama ada dia tinggalkan kau seperti confession diatas, atau kalau berkahwin pun, nfsu dia dah hilang dekat kau.

Aku tahu ini mungkin kifarah dari d0sa d0sa kami. Kerana tiang masjid yang didirikan tidak kukuh.

Doakan rumahtangga aku kuat dan mendapat redha Allah. Aku tak pernah behenti berdoa demi kesejahteraan rumatangga aku kini dan mohon suamiku berubah.

Reaksi warganet

Dzarul Azfan Dasuki –Bila yang haram didahulukan dari yang halal, hilang manis dalam perkahwinan.

Akak pun dah insaf.. Doa banyak banyak kak.. inshaa Allah, hubungan akan kembali seperti biasa.

Nur Imaan –Memang betul dah orang kata yang haram lagi nikmat. Suami sis ni macam makan luar je.. Hmm tapi apa apa pun doa banyak2. Allah Maha Pengampun.

Fiza Ismaildin –Kadang aku pelikk. Orang yang buat mksiat sebelum kawen, yang jenis urban kan boleh aje layan isteri macam biasa walaupun diorang pernah buat mksiat sebelum kahwin.

Pelik kan tetiba dah kawen takde nak sentoh isteri dah. Aku rasa suami tu tak cinta isteri dia tapi takut nak bagitahu sebab banyak benda dah lalui bersama.

Better la kot cari kebahagiaan lain. Ape ape pun awak berhak dapat nafkah batin secukupnya walaupun awak pendosa sebelum ini.

Nur Ain – Saya pernah terbaca, andai kita bermksiat sewaktu belum kahwin, suami isteri dua2 kena taubat mohon keampunan atas keterlanjuran sebelum kahwin sebagai tebusan dosa dosa lalu sekiranya inginkan rahmat Allah dalam perkahwinan. Dua2 kena solat taubat sama sama, sungguh2.

Kedua, zina ni hutang. Hutang kita pada Allah. Kalau tak taubat, dia akan turun pada anak kita. Maksudnya, tak mustahil akan ada anak kita atau ahli keluarga kita akan buat benda sama atau mengulangi dosa kita @hutang kita pada Allah. Wallahualam.

Nik Taufiq – Jangan bersedih dan jangan merasa hina. banyakkan taubat atas dosa dosa silam, istighfar banyak banyak dan merintihlah minta Allah serikan semula rumahtangga puan.

Rahsia mendapat seri wajah (tapi jangan niat sebab ni) dan kekuatan batin (hati) adalah dengan taubat dan qiyamullail. Musim PKP ni elok sebenarnya untuk suami-isteri muhasabah diri dan solat sama sama. Untuk tambatkan semula hati hati kalian pada jalan Allah, “till jannah”..

Cubalah buat, alang alang mencari lailatul qadar ni.. Moga bermanfaat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*