
KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang.
Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.
“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin).
“Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.
“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa.
Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.
“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia.
“Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.
Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.
Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.
Nabila, Engku Emran nikah esok?
KUALA LUMPUR: “Minta maaf, saya tidak boleh komen,” demikian jawapan ringkas kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor mengulas desas-desus dipercayai diperkatakan netizen mendakwanya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal diijabkabulkan, esok.
“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis.
“Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online.
Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.
Nabila mula intim dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.
Malah, foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.
Sebelum ini, menerusi laman Instagram (IG), Engku Emran memuatkan naik foto menunjukkan bayangan wajah Nabila yang ketika itu berada dalam kereta bersamanya.
Foto bayangan Nabila diambil dari radio kereta yang sedang memainkan lagu berjudul By Your Side nyanyian penyanyi antarabangsa, Sade. Ia sekali gus mengesahkan hubungan cinta yang sedang terjalin.
“Chappy until you came along,” tulis Engku Emran.
Semakan di Instagram (IG) Nabila mendapati, usahawan dan penerbit itu tidak memuatkan apa-apa persediaan mahupun bayangan mengadakan majlis pernikahan, esok.
Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran pula berpisah dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.
Sumber Mstar/Bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment