“Stesen TV takde bajet ke?” – Izara Aishah persoal ramai Instafamous jadi pelakon

KEMUNCULAN ‘Instafamous’ atau dikenali juga sebagai ‘influencer’ di laman sosial dalam drama atau filem tempatan berjaya menarik perhatian stesen TV.

Kehadiran mereka sebagai pelakon membuatkan aktres terkenal iaitu Izara Aishah, 29, mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih kumpulan itu disebabkan bayaran yang lebih murah.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan Covid-19 ke?” tulis Izara menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.

Status yang dimuat naik pelakon drama bersiri Ombak Rindu The Series itu mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) dan 2,000 ulang kicau di laman Twitter.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara tersebut dan menganggap produksi tidak mampu untuk membayar pelakon yang sudah mempunyai nama dalam industri.

Posting berkenaan meraih lebih 15,000 tanda suka dan diulang kicau hampir 9,000 kali selain pelbagai reaksi warganet mengenai perkara tersebut.

Rata-rata memberi pendapat bahawa pihak produksi boleh menjimatkan kos berbanding memilih pelakon yang sudah popular dalam industri kerana bayaran lebih mahal.

Selain itu, terdapat netizen yang memberi pandangan bahawa stesen TV mengupah Instafamous disebabkan mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial sekali gus menarik perhatian untuk pihak pengiklanan.

“Sebab nak bayar pelakon yang dah ada nama mahal sangat dan tak semua produksi mampu dan kalau boleh lagi la nak cut cost. Jadi satu cara adalah upah Instafamous. Kayu pun, kayu la janji duit masyuk. Sebab itu la drama dan filem malaysia susah nak maju.

Pelakon dah ada nama mahal sangat

Takde bajet tu

Instafamous tak kisah soal bayaran, asalkan…

Jimat duit produksi

Selain itu, ada juga segelintir individu memberi pandangan bahawa Instafamous dijadikan sebagai ‘marketing’ sekali gus mudah menarik perhatian ramai termasuk pihak pengiklanan.

‘Marketing’ untuk tarik penonton

Ni semua soal bisnes!

Kuantiti berbanding kualiti

“Mereka upah Instafamous mungkin sebab pengikut di laman sosial lebih 500,000. Jadi, mereka fikir mungkin pengikut itu akan menonton. Lakonan yang lemah? Asalkan dapat perhatian. Lontaran dialog tak jadi? Asalkan dapat perhatian. Penghayatan yang kurang? Asalkan dapat perhatian.

“Lebih ramai pengikut di laman sosial, lebih banyak jumlah tontonan dapat tarik banyak iklan dan stesen TV dapat duit daripada iklan dan tajaan. #Business,” komen beberapa pengikut.

Untuk rekod, antara drama terakhir lakonan Izara adalah Jodoh-Jodoh Annisa, Cinta Yang Ku Rasa dan Ombak Rindu The Series yang ditayangkan sekitar 2019.

Sumber Mstar/OMM

Be the first to comment on "“Stesen TV takde bajet ke?” – Izara Aishah persoal ramai Instafamous jadi pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*