Akhirnya Erra Fazira Bersuara Selepas Bekas Suami Engku Emran Dah Selamat Bernikah Dengan Noor Nabila

KUALA LUMPUR: Artis terkenal, Erra Fazira menitipkan doa semoga bahtera rumah tangga yang dibina bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan Noor Nabila Mohd Noor akan berkekalan hingga ke syurga.

Kata pelakon dan penyanyi masyhur itu, harapannya juga pasangan pengantin baharu itu akan mengecapi kebahagiaan z.ahir dan b.atin di dunia dan a.khirat.

“Tahniah buat pengantin baharu. Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhirat,” kata Erra ketika dihubungi.

Engku Emran, 46, menamatkan zaman duda buat kali kedua dengan menikahi Noor Nabila, 36, yang juga kakak kepada usahawan dan s.elebriti m.asyhur, Neelofa pada pagi Jumaat.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Engku Emran dan kedua buat Noor Nabila.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun, menoktahkan pernikahan mereka pada 18 Februari 2014.

Personaliti media itu kemudian bertemu jodoh dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017.

Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, Laudya mengumumkan pernikahannya dengan Engku Emran sudah berakhir.

Manakala, Noor Nabila pula pernah bernikah dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada Julai 2020 selepas hampir setahun berhadapan k.risis rumah tangga.

Noor Nabila dan Sharnaaz dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

‘Jaga Jebat elok-elok naaa’ – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad

Kuala Lumpur: “Jaga Jebat elok-elok naa.”

Demikian pesan pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, kepada bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 36, yang melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, hari ini mengenai anak mereka, Jebat Jayden, 3.

Sharnaaz berkata demikian dalam video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Sharnaaz berkata, Nabila berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri memandangkan dia masih muda.

“Bagi saya, untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah satu benda yang sangat baik. Saya sebagai bekas suaminya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat mereka. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” katanya.

Sharnaaz ketika dihubungi berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan tahniah dan menitip doa kebahagiaan buat pasangan pengantin baru itu.

“Sekarang mereka betul-betul sudah sah bergelar suami isteri, barulah saya memuat naik hantaran ucapan tahniah ini untuk mereka. Semoga kehidupan rumah tangga dibina mereka bahagia,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Sharnaaz turut memuat naik ucapan selamat pengantin baru buat Nabila dan Engku Emran di Instagram serta pesanan supaya menjaga Jebat dengan baik.

Video berkenaan memperoleh lebih 270,000 tontonan dan lebih 2,600 komen.

Rata-ratanya meletakkan komen positif dan amat menghormati Sharnaaz. Selain itu, mereka turut mendoakan Sharnaaz segera bertemu jodoh.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017,namun bercerai pada Julai tahun lalu.

Kredit : AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Akhirnya Erra Fazira Bersuara Selepas Bekas Suami Engku Emran Dah Selamat Bernikah Dengan Noor Nabila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*