Najib Razak Mengaku Langgar SOP Masa Masuk Restoren. Ini Permintaan Najib Kepada Pihak Berkuasa (Video)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui kealpaan beliau dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berkunjung ke sebuah kedai nasi ayam terkenal di ibu kota.

Dalam catatan di Facebook beliau, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau menerima dengan baik kompaun RM1,500 yang dikenakan kerana tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kedai makanan berkenaan.

Atas kesilapan tidak disengajakan itu, Najib berkata, beliau dengan rela hati menerima kompaun berkenaan, dan akan membayarnya dalam tempoh tujuh hari bagi mendapatkan diskaun separuh harga.

Najib akur kompaun ingkar SOP, tegas tidak mahu keistimewaan 'double standard'

“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya

“Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu denda RM750. Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela.

Tidak ada double standards dalam istilah saya. Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tak tahu lah,” katanya lagi.

Dua hari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, diskaun sebanyak 50 peratus akan diberikan untuk pembayaran dalam tempoh tujuh hari manakala 25 peratus pada tempoh tujuh hari berikutnya.

Kompaun RM1,500, jelasnya kagi, ditetapkan untuk kesalahan kategori ketiga, iaitu kesalahan yang boleh menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.

Namun, kesalahan serius seperti menyertai aktiviti hiburan di pub atau kelab malam, akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000, manakala operator pusat berkenaan pula boleh dikenakan kompaun sehingga RM50,000.

Video:

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Najib Razak Mengaku Langgar SOP Masa Masuk Restoren. Ini Permintaan Najib Kepada Pihak Berkuasa (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*